• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Bincang Isu Dr. Zakir Naik

oleh Ahmad Albab
13/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan akan bertindak sewajarnya dan sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang dalam apa juga kes dan bukan hanya dalam kes membabitkan pendakwah kontroversial Dr. Zakir Naik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata setahu kerajaan, India menyatakan bahawa negara itu mempunyai kes terhadap pendakwah berkenaan.

“Jadi, saya fikir apa yang perlu dilakukan ialah apabila kes itu dikemukakan, keputusan akan dibuat sama ada untuk menghantarnya pulang atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pengembangan Pusat Parcel Bersepadu (IPC) di sini hari ini.

Gobind berkata perkara itu telah dibincangkan dan ditangani dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Dr. Zakir, yang mempunyai taraf Pemastautin Tetap Malaysia, dilaporkan dikehendaki oleh kerajaan India kerana dakwaan mempromosi keganasan dan pengubahan wang haram.

Dr. Zakir menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana membenarkan beliau berada di negara ini dan mengkaji kesnya dari ‘perspektif yang tidak berat sebelah’.

Beliau berkata keputusan itu mengukuhkan keyakinannya terhadap sistem keadilan dan keharmonian kaum di Malaysia sambil menambah ini adalah bukti kepada kejayaan amalan kepelbagaian kaum di negara ini.

Dr. Mahathir dilaporkan berkata Malaysia tidak akan menghantar pulang Dr. Zakir “selagi beliau tidak menimbulkan masalah di negara ini.” – BERNAMA

Tags: Dr Zakir Naikkabinet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd