• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bieber Bertunang Anak Aktor Baldwin

oleh
09/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG pop remaja, Justin Bieber dilaporkan bakal berkahwin apabila dia dipercayai melamar kekasihnya, Hailey Baldwin selepas mereka bercinta selama sebulan.

Menurut laman web selebriti, TMZ, penyanyi kelahiran Kanada berusia 24 tahun itu dilaporkan melamar Baldwin, 21, ketika makan malam di sebuah restoran di Bahamas.

Laman web itu yang memetik saksi yang berada di dalam restoran terbabit berkata, pasukan keselamatan Bieber mengarahkan mereka menyimpan telefon bimbit masing-masing ketika penyanyi itu melamar kekasihnya.

Namun, wakil Bieber tidak memberikan maklum balas berhubung berita berkenaan tetapi ahli keluarga pasangan itu mendakwa laporan mengenai lamaran itu adalah benar.

“Rasa bangga adalah satu perkara remeh. Sebenarnya teruja untuk bab seterusnya,” kata bapa penyanyi itu, Jeremy Bieber di Instagram yang turut memuat naik gambar anak lelakinya itu.

Sementara itu, ibu Bieber, Pattie Mallette, sekadar memuat naik mesej ‘Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta’ di Twitternya.

Baldwin, seorang model ialah anak perempuan aktor, Stephen Baldwin, manakala ibunya, berasal dari Brazil.

Sebelum ini, Bieber dilaporkan pernah menjalin hubungan dengan penyanyi, Selena Gomez dan model, Sofia Richie.

Dia dilaporkan bercinta dengan Baldwin sejak sebulan lalu. – AFP 

Tags: bertunangbintang hollywoodJustin Bieber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunang Jamal Khashoggi Desak Bieber Batal Konsert F1 Di Arab Saudi

22/11/2021
0

TUNANG wartawan Jamal Khashoggi mendesak supaya penyanyi terkemuka Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi pada Disember...

Mendiang Stan Lee Diraikan Ratusan Peminat, Selebriti

02/02/2019
0

LOS ANGELES - Legenda buku komik Stan Lee, yang menghidupkan fantasi adiwira dalam budaya popular menerusi watak-watak seperti Spider-Man, Iron...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd