• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Perlu Bersabar Dugaan Di Padang Arafah

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Jemaah haji perlu menerapkan nilai kesabaran yang tinggi terhadap segala bentuk dugaan dan cabaran yang bakal dilalui semasa berada di Arafah dengan mengambil iktibar kesusahan Nabi Muhammad SAW mengerjakan haji.

Mutawif dari pihak Muassasah Abdullah Asri Hussin berkata ibadah di Padang Arafah merupakan cabaran terbesar bagi jemaah yang menunaikan haji yang akan menempuh pelbagai ujian dan dugaan seperti keadaan cuaca panas dan keselesaan di khemah.

“Iktibar di Padang Arafah ini ialah nak bagi kita rasa bagaimana susah dan payah (dihadapi) Rasulullah SAW (semasa musim haji). Jemaah haji kadangkala tidak pernah merasa susah payah sewaktu di Malaysia (apabila berada di Arafah terpaksa pula), berhimpit-himpit dengan orang ramai, di khemah yang kecil dan makanan yang ala kadar.

“Ini adalah ibrah (pengajaran) bagi kita. memang (umat) Islam, pada zaman dahulu amat susah mengerjakan ibadah haji. Susah kita sekarang (untuk menunaikan haji), jauh lagi (kesukarannya) jika mahu dibandingkan dengan haji (yang dilakukan) Rasulullah SAW. (Baginda perlu berdepan)…cuaca panas, tanpa khemah, kenderaan dan sebagainya,” katanya kepada media pada program ziarah luar di sini, hari ini.

Walaupun perjalanan ibadah haji pada hari ini amat mudah berbanding perjalanan haji di zaman Rasulullah SAW, beliau berkata masih terdapat ramai jemaah haji yang mengeluh dengan keadaan cuaca dan tempat penginapan, terutamanya ketika di Padang Arafah.

“(Ibadah) Haji ini adalah jihad. Haji bukan datang (untuk) rehat, membeli-belah, bermain-main atau sebagainya. Apabila sebut kalimah ‘jihad’ ini, memang jemaah kena menerima susah payah dalam kita mengerjakan ibadah,” katanya.

Abdullah Asri berkata apabila reda melalui susah payah semasa menjalankan ibadah, barulah ibadah itu akan mendapat reda daripada Allah SWT dan seterusnya mendapat haji yang mabrur.

Ziarah luar Makkah yang dijalankan oleh pihak muassasah memberi gambaran tentang perjalanan masyair jemaah haji, meliputi wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah, bermabit di Muzdalifah dan melontar di tiga jamrah.

Sementara itu, Fadhilah Zulkifli, 33, berkata keadaan di sekitar Padang Arafah sudah banyak berubah berbanding kali pertama beliau datang ke Tanah Suci.

“Saya pernah ke sini semasa menunaikan umrah pada tahun 2004. Keadaan di sini juga sudah banyak berubah. Dahulu, di sini kawasannya sangat lapang, di sekeliling kawasan juga tidak terdapat pokok-pokok,” katanya.

Beliau yang datang bersama suami, Akmal Nur Hakim, 35, berharap untuk memperoleh haji yang mabrur, di samping berdoa supaya dikurniakan keluarga yang bahagia serta zuriat yang soleh dan solehah.

Bagi program ziarah luar Makkah, jemaah akan dibawa melawat Padang Arafah, Muzdalifah, Mina Jabal Nur dan Jabal Thur bagi melihat sendiri sejarah peninggalan Nabi Muhammad SAW di samping mengambil pengajaran mengenai penat lelah Rasulullah dan para sahabat dalam menyebarkan agama Islam. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiMekah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd