• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji: Mujur Ada Unit Peronda TH

oleh Cj Mnh
27/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERJALAN sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah Celsius sudah jadi rutin kepada anggota Unit Peronda Tabung Haji (TH).

Ditubuhkan sejak 2014, tugas utama anggotanya ialah mencari, mengesan dan menjadi penunjuk arah kepada jemaah haji Malaysia yang tersesat di dalam dan sekitar Masjidilharam.

Ketua Unit Peronda TH, Inspektor Abdullah Jauhari berkata, selain itu pasukannya yang diperkuatkan dengan 18 anggota turut berperanan jaga keselamatan dan beri bantuan awal kepada jemaah yang mengalami apa jua masalah.

Menurutnya, sebahagian besar anggota adalah kakitangan polis bantuan TH dan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT).

“Anggota kami bertugas 24 jam yang dibahagikan kepada tiga syif. Satu syif lapan jam dan ada sembilan anggota yang bertugas.

“Mereka ditempatkan di lokasi strategi di dalam serta luar Masjidilharam iaitu dari kawasan Marwah sehingga ke Jabal Omar,” katanya kepada wartawan Malaysia di Makkah.

Abdullah berkata, anggota Unit Peronda TH mudah dilihat dan dikenali kerana sentiasa memakai seragam iaitu kemeja T dan topi berwarna merah terang yang dilengkapi logo TH serta berseluar hitam.

Menurutnya, kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba kerana mereka masih keliru dan belum menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Sementara itu, seorang anggota Unit Peronda TH, Mazalan Salleh berkata, musim haji tahun ini dan kali kedua dia terpilih bertugas di Tanah Suci dan menganggap ia cabaran yang sangat istimewa.

“Kalau diikutkan memang kerja kami penat kerana terpaksa berjalan jauh dalam cuaca panas, tapi apabila sedar semua itu demi menyantuni Dhuyufurrahman, saya berasa puas dan semua rasa letih akan hilang,” katanya.

Mazalan berkata, antara kes pernah dikendalikannya ialah mencari jemaah yang hilang selama dua hari di dalam Masjidilharam.

“Apabila dijumpai, dia kata dia bukannya sesat tapi mahu beriktikaf di dalam masjid. Masalahnya, dia tidak memberitahu perkara itu kepada kekuarga dan teman sebilik,” katanya.

Sehubungan itu, Mazalan menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya jalin hubungan rapat dengan rakan sebilik dan sentiasa memaklumkan pergerakan masing-masing supaya tidak timbul kebimbagan serta salah faham. – MyMetro

Tags: jemaah hajiperonda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd