• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawapan Azmin Berkenaan HSR Mengecewakan – Najib

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan jawapan dari Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada soalan di Parlimen dari Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan beliau sendiri berkenaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) adalah mengecewakan.

Beliau berkata, projek HSR ini adalah satu tender terbuka antarabangsa yang dipanggil secara bersama oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.

“Tender ini hanya ditutup pada 28 Disember, 2018 dan pembida yang berjaya akan dinilai dan diputuskan bersama oleh kedua-dua negara, Singapura dan Malaysia.

“Tender itu juga mensyaratkan pembida untuk menawarkan pakej pembiayaan dan kewangan. Berikutan projek HSR adalah sangat kompetitif dan lazimnya pembida akan disokong oleh kerajaan masing-masing.

“Untuk itu, pakej pembiayaan juga sangat kompetitif di mana faedah pada kadar sifar atau 0.1 peratus bukanlah sesuatu yang luar biasa.

“Tidak lama dahulu, sebuah syarikat Jepun memenangi projek HSR di India dengan pakej pembiayaan 0.1 peratus faedah bagi tempoh 50 tahun dengan 15 tahun moratorium (atau penundaan pembayaran).

“Projek HSR Malaysia-Singapura yang berprofil tinggi ini menarik perhatian pembida yang agresif dari seluruh dunia,” katanya menerusi catatan dalam Facebooknya, hari ini.

Najib berkata, sebab itu, adalah mengecewakan apabila menerima jawapan dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap dakwaan mereka bahawa kos HSR adalah RM110 bilion, adalah berganda daripada pada anggaran RM55 bilion dan RM70 bilion yang sudah diunjurkan oleh Barisan Nasional (BN) dan kerajaan Singapura.

“Apabila disoal, Azmin Ali hanya mampu menjawab kos RM110 bilion adalah kos anggaran mereka dan ia mencakupi kos tersembunyi yang tidak dihuraikan biarpun tender yang akan diputuskan oleh agensi kedua-dua negara belum ditutup, kos belum dimuktamadkan dan pakej pembiayaan masih tidak diketahui.

“Adakah anda (Azmin) berkata, Kerajaan Singapura menyembunyikan ‘kos terselindung’ ini.

“Soalan saya adalah mengapa Kerajaan PH tidak mendedahkan penilaian impak ekonomi projek HSR di mana ia akan menunjukkan manfaat ekonomi serta peluang pekerjaan yang bakal hilang jika projek ini dibatalkan, turut tidak diendahkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang memilih untuk membuat lawak, daripada menjawab soalan ini,” katanya.

Najib juga menegaskan, ini bukan satu permulaan yang baik untuk Parlimen kerana projek sebesar ini memerlukan jawapan yang sempurna kerana ia memberi kesan kepada jutaan rakyat, beratus ribu pekerjaan, hubungan antarabangsa dan aliran ekonomi masa depan Malaysia.

“Dari jawapan kerajaan PH yang meragukan terhadap mengapa kos projek HSR berganda kepada RM110 bilion, ia menunjukkan kelaziman kepada mereka untuk menggandakan kos projek yang dimulakan BN seperti HSR, ECRL dan LRT3 dan mendakwa BN menyembunyikan kos sebenar.

“Mereka kemudian akan mendakwa berjaya mengurangkan kos projek itu kepada separuh dan mendabik dada walhal kos baharu mereka adalah lebih tinggi dari kos asal BN.

“Bagi isu yang sama, ada wakil Kementerian Kewangan hari ini mendakwa kononnya saya mengetahui kos LRT3 adalah pada angka menjulang tinggi RM32 bilion, dan untuk itu saya minta tunjukkan dokumen di mana saya telah meluluskan permohonan tambahan jaminan RM22 bilion dari surat Prasarana bertarikh 30 Mac 2018.

“Tunjukkan buktinya. Padahal, ini hanya satu permohonan yang tidak pernah kerajaan BN dulu bersetuju.

“Nampaknya kerajaan PH masih lagi kuat berpolitik dan bukannya menjamin kesinambungan ekonomi bagi masa depan negara,” jelas Najib. – Gerbang Post

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakProjek HSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd