• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Terikut Buat Perkara Tak Berfaedah”

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGACARA popular, Datuk Aznil Nawawi, menegur golongan yang terikut-ikut dengan kegilaan ramai terhadap cabaran tarian sedang tular, ‘Keke Challenge’ kerana berisiko membahayakan diri.

Aznil yang mesra membahasakan diri sebagai Pak Nil berkata, sekalipun senario itu tular ketika zaman mudanya, dia tidak akan melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat itu.

“Kalau Pak Nil muda sekalipun, Pak Nil tidak terasa untuk buat perkara seperti itu. Emak dan ayah Pak Nil pernah berpesan: Dari kau lahir, kami menjaga sehingga nyamuk gigit pun, kami tidak benarkan.

“Supaya apa? Supaya kau tidak cacat di tangan kami. Tetapi, bila kau besar, kau sendiri yang mencari kecacatan dengan membuat perkara tidak berfaedah,” kata selebriti itu dalam satu catatan menerusi laman Instagram.

‘Keke Challenge’ memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak, seterusnya menari mengikut alunan lagu, In My Feelings yang dinyanyikan Drake.

Tarian itu dicetuskan pelawak, Shiggy menjadi ikutan apabila rakaman video yang dimuat naiknya meraih lebih lima juta tontonan dalam tempoh singkat. Ia terus meledak selepas selebriti seperti Will Smith dan Ciara turut meniru aksinya.

Kegilaan baharu yang tular di media sosial itu bukan hanya popular di luar negara, malah ramai artis tempatan turut menunjukkan aksi mereka dalam pelbagai gaya.

Dalam entri sama, Pak Nil yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu turut berkongsi pautan video ‘Keke Challenge’ yang tidak berjaya apabila ada di antara mereka terjatuh ketika keluar kereta, malah nyaris dilenyek lori.

Pandangan dan video yang dimuat naik itu meraih hampir 750,000 tontonan, selain rata-rata bersetuju dengan pandangan yang diberikan Pak Nil, termasuk pendakwah muda, PU Amin. – BH ONLINE

Tags: Datuk Aznil Nawawipengacara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macau Scam: Pelakon, Pengacara Akan Dipanggil SPRM

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita antara beberapa artis akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

Neelofa Sedih Tinggalkan MeleTOP

04/12/2019
0

NEELOFA atau Lofa tidak dapat menahan perasaan hiba dan sedih sewaktu mengumumkan akan mengundurkan diri daripada mengacarakan program MeleTOP yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd