• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Akhirnya Pulang Ke Malaysia

oleh Cj Mnh
05/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dibawa pulang ke Kuala Lumpur hari ini, selepas urusan penyerahannya oleh Polis Republik Indonesia (POLRU) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

Peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata perkara itu dimaklumkan rakan peguamnya di Jakarta, Adherie Zulfikri yang dilantik untuk mewakili Jamal di sana.

“Saya dimaklumkan Datuk Seri Jamal berlepas dari Jakarta ke Kuala Lumpur pada 11 pagi waktu Indonesia hari ini dengan pesawat MH710. Saya dan keluarga beliau ucapkan jutaan terima kasih terutama kepada POLRI serta Imigresen Republik Indonesia yang menjaga serta mengurus penahanan beliau dengan baik.

“Terima kasih juga kepada Kedutaan Malaysia yang membantu dalam penyelarasan penghantaran pulang beliau ke Malaysia serta PDRM yang akan mengiringi beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jamal, 48, yang diburu PDRM sejak lebih sebulan lalu, ditahan POLRI ketika sedang menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta Selatan pada 6.15 petang (waktu Malaysia) Isnin lepas.

Jamal menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lepas atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Selangor pada 5 Oktober 2017.

Selain itu, beliau turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960.

Mohd Imran berkata setelah mendapat makluman penahanan Jamal, beliau ke Jakarta pada Selasa dan memandangkan berlainan bidang kuasa serta sistem perundangan, beliau melantik Adherie untuk mewakili Jamal.

Mohd Imran berkata beliau ke POLDA Metro Jaya, Jakarta tempat Jamal ditahan dan berkesempatan menemui anak guamnya, yang berada dalam keadaan sihat dan baik.

Proses merakam keterangan dan dokumentasi turut dilakukan di POLDA Metro Jaya selain dibawa ke Imigresen Indonesia untuk proses dan dokumentasi imigresen, semalam.

“Setelah selesai, beliau dibawa semula ke POLDA Metro Jaya dan saya juga telah dimaklumkan oleh rakan peguam saya bahawa beliau akan dihantar pulang pada 5 Julai (hari ini),” katanya. – BERNAMA

Tags: Jamal Yunospulang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Tak Pulang Rumah Sejak Anak Hilang

Bapa Tak Pulang Rumah Sejak Anak Hilang

24/03/2023
0

ROMPIN: Sejak 22 hari lalu, Zailan Abd Mani, 49, tidak pernah pulang ke rumahnya, iaitu sejak hari pertama anak perempuannya,...

Mayat Mangsa Bunuh Di Morocco Selamat Dihantar Pulang

22/12/2018
0

RABAT - Mayat dua wanita masing-masing berasal dari Denmark dan Norway yang dibunuh ketika mendaki pergunungan Atlas di Morocco selamat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd