• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Jalan Seremban-Kuala Pilah Sesak Ditangani

oleh Cj Mnh
09/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Isu kesesakan Jalan Serempan-Kuala Pilah yang menjadi rungutan masyarakat setempat sejak sekian lama perlu ditangani segera bagi membolehkan lebih banyak limpahan ekonomi dibawa ke daerah itu.

Anggota Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith berkata masalah itu antara agenda yang diberi perhatian serius oleh beliau selepas dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14, pada Mei lepas.

“Perkara yang menjadi asas kepada rakyat Kuala Pilah yang paling penting adalah jalan yang menghubungkan Bukit Putus dan Kuala Pilah yang setiap minggu tidak kira musim perayaan atau tidak memang selalu menjadi masalah disebabkan terlampau banyak kenderaan.

“Jadi ini adalah asasnya, kalau jalan ini dapat dimajukan saya percaya isu-isu pembangunan negeri akan datang dengan sendirinya, kerana rangkaian yang menghubungkan Kuala Pilah maka lebih ramai orang berminat untuk melabur dan menjalankan perniagaan di Kuala Pilah,” katanya kepada Bernama di sini.

Jalan Seremban–Kuala Pilah sepanjang 23 kilometer itu mengambil masa 24 minit perjalanan dari Seremban sekiranya tidak sesak dan boleh menjangkau lebih sejam sekiranya jumlah kenderaan bertambah pada satu-satu masa. Ia juga antara laluan pengguna jalan raya untuk ke Pantai Timur.

Eddin Syazlee yang merupakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata selain mencari penyelesaian kepada isu jalan berkenaan, beliau juga menyasarkan untuk memajukan Kuala Pilah sebagai hab perlancongan yang terkenal di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pekan kecil Kuala Pilah sememangnya cukup sinonim dengan keluarannya iaitu produk makanan salai seperti ayam, itik, daging dan keli selain hasil kampung seperti petai, gula enau, sayuran kampung, telur masin dan dodol penganan (dodol cair).

“Sekiranya masalah jalan raya dapat diselesaikan, saya melihat begitu banyak daya tarikan untuk pelancongan di Kuala Pilah.

“Seperti di Empangan Talang kita majukan seperti di Tasik Kenyir, Terengganu untuk sukan air, di Bukit Putus flora dan fauna yang cukup menarik, mungkin kita boleh majukan dan bangunkan,” katanya.

Selain itu, Kuala Pilah juga terkenal dengan beberapa lagi kawasan tumpuan ramai antaranya Taman Rekreasi Ulu Bendul, Hutan Lipur Jeram Tengkek, Istana lama Seri Menanti, Ladang Alam Warisan, NS Dairy Farm dan perkampungan inap desa. – BERNAMA

Tags: kesesakan lalu lintasrungutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaedah Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas Diputuskan Dalam Masa Terdekat

24/05/2022
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat kajian terperinci bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota....

Jalan Sesak Orang Ramai Mula Pulang Ke Ibu Kota

04/05/2022
0

PETALING JAYA – Ribuan pengguna jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan terpaksa menempuh kesesakan yang luar biasa ketika ini ekoran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd