• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Lancar Serangan Udara Di Misyaf

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMMAN – Satu serangan udara oleh Tentera Israel berlaku ke atas pos kawalan tentera di bandar Misyaf dalam wilayah Hama, Syria semalam namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Laporan berita tidak memperincikan sasaran sebenar serangan tetapi sumber risikan berkata, bandar itu menempatkan pusat penyelidikan senjata kimia utama milik tentera dan dipercayai menjadi lokasi sekumpulan pakar pembuatan senjata kimia tentera dari Iran.

Ketika ditanya mengenai serangan berkenaan, jurucakap tentera Israel berkata, mereka tidak akan melayan atau memberikan sebarang komen untuk laporan media asing.

Minggu lalu, media rasmi Syria melaporkan bahawa roket milik rejim Zionis telah dilancarkan ke arah kedudukan tentera berhampiran lapangan terbang Nairab di pinggir bandar Aleppo.

Sumber pihak pembangkang berkata, beberapa rakyat Iran terkorban dalam serangan itu yang membabitkan kawasan penempatan Pengawal Revolusi Iran berhampiran lapangan terbang.

Menurut sumber risikan, sesetengah pangkalan tentera Iran di Syria berada bersebelahan kawasan tentera tempatan atau berdekatan berek tentera, menyebabkan sukar untuk memisahkan mereka dari aset ketenteraan milik Syria.

Israel yang khuatir dengan peningkatan pengaruh Iran di Syria bertindak meningkatkan jumlah serangan sejak beberapa bulan lalu ke atas premis disyaki milik tentera Iran atau pos kawalan tentera negara itu. – Reuters/myMetro Online

Tags: IsraelSyria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd