• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isma Sindir Maszlee Jadi ‘DAP-Sentrik’

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergeseran antara Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dengan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) terus berlangsung melalui kritik-mengkritik pemimpin mereka melalui media sosial.

Terbaharu, peguam Isma menyindir slogan “Rahmatan alimin” (Rahmat untuk sekalian alam) yang digunakan oleh Pakatan Harapan yang disokong Ikram.

“Dr. Maszlee Malik sebelum menyertai Pakatan Harapan dan menjadi Menteri Pendidikan pernah menyebut Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) adalah ‘principle-centric.'”

Pengerusi Gabungan Peguam Ikatan Muslimin Malaysia (iPeguam), Encik Muhammad Luttfi Abdul Khalid dalam satu tulisan di Facebook mendakwa Maszlee menyatakan demikian pada tahun 2013.

“Sekarang (selepas PRU14) dan setelah mendapat ‘ghanimah’ politik status ini nampaknya telah di ‘upgrade’ menjadi ‘DAP-centric.'”

“Barangkali ada ‘rahmatan’ yang tersembunyi di sebalik inisiatif ‘bertahaluf’ dengan parti politik DAP yang rasis cauvinis itu agaknya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Secara umum, sentrik diistilahkan sebagai satu kecenderungan atau satu pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara.

Istilah sentrik ini sering digunakan oleh aktivis Ikram, seperti “ummah-centric” dalam membincangkan gagasan-gagasan besar dalam wacana sesama ahli.

“Ghanimah” pula dari segi istilah bermaksud harta yang diambil alih dari musuh ketika dalam peperangan.

Tulisan Muhammad Lutfi itu, yang disertakan dengan logo DAP bersebelahan logo Ikram jelas ditujukan pada Ikram yang kini mesra DAP dan melaksanakan kehendak DAP seperti pengiktirafan sijil UEC dan peruntukan dana untuk sekolah persendirian Cina.

Dakwaan ini juga merupakan satu kritikan terhadap Ikram yang kini dilihat sebagai dipergunakan oleh DAP setelah mendapat habuan hasil kerjasama politik Ikram dengan parti-parti dalam PH.

Maszlee ialah antara ahli majlis syura Ikram, badan yang menentukan dasar tertinggi pertubuhan itu.

Beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak lama sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Sebahagian besar ahli Ikram yang menyertai politik menyertai Parti Amanah Negara (PAN) termasuk beberapa orang bekas pemimpin pusat PAS. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Dr Maszlee MalikIKRAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Rakan Sekerja Didakwa Bunuh Nik Khatijah

19/03/2021
0

KAJANG - Rakan sekerja kepada Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Nik Khatijah Nik Mud didakwa di Mahkamah Majistret,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd