• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Malaysia Dan China Terus Kukuh

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan China komited untuk terus mengukuhkan hubungan kedua-dua negara walaupun berlaku perubahan dalam kepimpinan kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini kedua-dua kerajaan Malaysia dan China juga bersetuju supaya isu-isu kecil tidak seharusnya menjejaskan hubungan kedua-dua negara yang telah terjalin sejak ratusan tahun.

Menurut kenyataan itu perkara ini merupakan antara yang ditekankan dalam kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian ke atas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di bangunan Parlimen di sini Khamis lepas.

Dr Wan Azizah berkata hubungan antara kedua-dua negara telah berkembang dan menjadi semakin kukuh.

“Kini kita mempunyai urusan yang lebih kukuh antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk wanita, Kita mahu lebih banyak pemberdayaan dan kemajuan untuk wanita,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata Malaysia berhasrat memperluaskan hubungan dagang serta pelbagai bidang lain dengan China sebagai tambahan dengan yang apa telah sedia ada dan ingin melihat ramai pelancong China berkunjung ke negara ini.

“Ini adalah kerajaan baru dan persekitaran baru dalam erti kata itu. Perubahan demokrasi di Malaysia berlaku secara aman. Keharmonian yang kita tunjukkan dan kita amalkan adalah penting,” kata beliau.

Bagi tempoh Januari hingga Mac 2018, jumlah perdagangan dengan negara China meningkat sebanyak 0.3 peratus untuk mencapai RM68.94 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Jumlah eksport meningkat 0.3 peratus kepada RM29.18 bilion manakala jumlah import meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada RM39.75 bilion bagi tempoh masa yang sama.

Sementara itu dalam kenyataan yang sama Bai dipetik sebagai berkata bahawa China dan Malaysia mempunyai hubungan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama menerusi lawatan bersejarah Laksamana Cheng Ho di Selat Melaka.

“Jadi apa sahaja cabaran yang dilalui dalam politik, hubungan kemanusiaan antara rakyat kedua-dua negara akan tetap berlaku.Ini merupakan asas yang mengukuhkan hubungan antara dua buah negara.

“Jadi marilah kita mempereratkan hubungan rakyat dengan rakyat serta menerusi komunikasi silang budaya kerana menerusi lebih banyak pertukaran kita akan dapat mengenali budaya serta kepercayaan masing-masing.”

Bai mencadangkan pertukaran lawatan antara pertubuhan wanita Malaysia dengan China agar kaum wanita di kedua-dua negara dapat bertukar-tukar pendapat.

“Saya ingin menggalakkan lebih banyak pertukaran, bukan sahaja antara Cina Malaysia dengan rakyat negara China tetapi juga antara pelajar Melayu dan pelajar China agar hubungan kita akan lebih mantap dan semakin terserlah,” katanya.

Beliau menambah Malaysia bertuah kerana mempunyai masyarakat pelbagai budaya, agama dan bangsa di mana keharmonian hidup antara bangsa dan budaya yang berbeza itu mengagumkan dunia.

Bai juga menyatakan kekagumannya terhadap ketabahan Dr Wan Azizah dalam menghadapi segala bentuk cabaran.

“Saya ingin menyatakan kekaguman dan hormat terhadap Dr Wan Azizah kerana beliau telah menunjukkan kecekalan dan ketekunan bersama suami dalam perjuangan parti dan ini amat mengagumkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ChinaWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd