• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Heboh Hutang PTPTN: Mana Janji Pendidikan Percuma?

oleh Ahmad Albab
25/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Mengapa Timbalan Menteri Pendidikan (Teo Nie Ching) tidak mengendahkan pendapatan rakyat, tetapi masih bertengkar untuk memufliskan seseorang hanya disebabkan hutang pembelajaran?”

Soalan itu dibangkitkan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Gandipan Nantha Gopalan dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, kenyataan menteri yang sangat berfokus kepada pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak memberi satu solusi yang efektif dalam isu aksesibiliti rakyat kepada pendidikan percuma.

“Kerajaan “Malaysia Baru” sepatutnya memberi alternatif yang progresif iaitu menuju ke pendidikan percuma yang manfaatkan rakyat terbanyak.

“Hutang RM1 trillion bukanlah satu alasan untuk tidak laksanakan polisi-polisi yang menguntungkan rakyat,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Gandipan Nantha berkata, isu pada hari ini adalah kos sistem pendidikan yang sangat tinggi oleh universiti swasta menyebabkan rakyat berhutang dengan institusi kewangan.

Justeru, katanya, Kementerian Pendidikan seharusnya menganalisa dan mencari punca sesebuah masalah, bukan mencari jalan keluar yang senang dalam isu kos tersebut.

Pakatan Harapan sebelum memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berjanji akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat jika membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad pada 18 Julai 2017 malah dipetik berkata: “Saya perlu ingatkan di sini bahawa janji untuk memberikan pendidikan yang percuma dan adil hanya jika Pakatan Harapan memenangi Kerajaan Persekutuan.”

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh yang mempersoalkan tawaran pendidikan percuma oleh Pakatan Harapan sama ia sesuatu yang realistik. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Manifesto PHPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd