• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Unit PPR Dikaji Semula

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dikaji semula, susulan perancangan menambah keluasan seunit daripada 600 kaki persegi kepada 900 kaki persegi.

Pertambahan keluasan itu bakal menangani isu kesesakan dalam kalangan penghuninya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin, berkata kajian semula harga rumah PPR perlu dibuat berikutan wujud implikasi kewangan dari segi kos pembinaan dan subsidi yang perlu ditanggung kerajaan.

Katanya, pertambahan keluasan kediaman diharap memberi keselesaan dan meningkatkan taraf hidup golongan sasar, selain menampung pertambahan bilangan keluarga dalam jangka panjang.

“Kos seunit rumah PPR sekarang adalah RM195,000 manakala kediaman swasta dengan kos RM195,000 adalah lebih selesa dengan kemudahan bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Nurul Izzah Anwar (PH-PKR Permatang Pauh) berhubung justikasi pertambahan keluasan kediaman PPR pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri diharap lebih proaktif dalam menawarkan tanah bagi membina kediaman PPR berserta kemudahan khusus bagi penduduk.

“Ketua menteri dan menteri besar bertanggungjawab memastikan rakyat dapat hidup dengan selesa.

“Kerajaan akan merangka dasar bagi kerajaan negeri menawarkan tanah dengan keluasan bersesuaian dan infrastruktur memadai di kawasan sekitarnya.

“Penyeragaman di bawah bumbung kementerian adalah lebih mudah bagi tujuan pembinaan PPR.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Bank Negara dari segi kelonggaran pinjaman serta faedah permohonan dalam menampung peningkatan pertambahan penduduk kelompok B40,” katanya.

Kepada soalan tambahan Datin Mastura Yazid (BN-UMNO Kuala Kangsar) mengenai gaya hidup sihat di kediaman sempit seperti kebersendirian dan keselamatan, Zuraida berkata, Dasar Komuniti Negara yang dirancang akan mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita akan pastikan cara hidup mereka yang berada dalam golongan B40 dapat diperkasakan,” katanya.
– BH Online

Tags: hargaRumah PPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Editor Kanan Utusan Persoal Kenapa Hanya Komunis

Next Post

Sindir PM Lantik Diri Sendiri Jadi Bos Khazanah

Related Posts

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

Harga Beras Putih Import Turun Hingga RM2

Harga Beras Putih Import Turun Hingga RM2

08/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Rata-rata peniaga menurunkan harga beras putih import (BPI) antara RM1.50 hingga RM2 bagi 10 kilogram (kg). IKUTI CHANNEL...

Next Post

Sindir PM Lantik Diri Sendiri Jadi Bos Khazanah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd