• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hapuskan Stigma Terhadap Pesakit Kesihatan Mental

oleh
31/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu mengikis stigma terhadap mereka yang mendapatkan kaunseling atau rawatan berhubung masalah kesihatan mental, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pandangan serong terhadap individu sedemikian menyebabkan mereka yang menghadapi masalah itu enggan tampil mendapatkan bantuan daripada pihak profesional.

“Mesti berlaku satu perubahan dan anjakan berkenaan tanggapan masyarakat terhadap mereka yang mendapat rawatan ini supaya ia tidak dipandang serong atau negatif.

“Andai kata ia dapat ditangani, kita mampu menyelesaikan sebahagian besar masalah tersebut (mendapatkan rawatan),” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut kajian Kementerian Kesihatan pada 2017 mendapati 18,336 rakyat negara ini seawal usia 16 tahun dikesan mengalami pelbagai tahap kemurungan dalam saringan minda sihat melibatkan 273,203 individu.

Tambah Dr Dzulkefly, kementerian akan memperkukuh strategi sedia ada dan membuat penambahbaikan dari segi promosi dan pengesanan awal, rawatan dan rehabilitasi masalah kesihatan mental.

“Antaranya ialah dengan melaksanakan saringan dalam kalangan ibu mengandung dan bersalin bagi mengenal pasti tanda-tanda awal kemurungan.

“Ini bagi mengelak lanjutan kemurungan bagi ibu yang berpotensi mengalami meroyan atau dikalangan ahli perubatan dikenali sebagai ‘post-partum depression’,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarawak Bakal Mansuh Tambang Feri

Next Post

Ambil Serius Aduan Gangguan Seksual Oleh Pekerja

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

08/07/2019
0

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Menteri Kesihatan,...

Next Post

Ambil Serius Aduan Gangguan Seksual Oleh Pekerja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd