• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Kemurungan Ditemui Mati

oleh
19/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang guru wanita yang dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan ditemui mati selepas jatuh dari tingkat lima sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.50 petang itu, Liew Kit Mooi, 36, ditemui di kawasan berhampiran laluan kereta pusat beli-belah berkenaan dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, hasil siasatan awal tidak menemui unsur jenayah di lokasi kejadian dan terdapat saksi yang melihat wanita terbabit terjun daripada tingkat lima bangunan berkenaan.

“Pemeriksaan terhadap mayat tidak menemui apa apa elemen berunsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun dari tingkat lima dan jatuh terlentang serta meninggal dunia di tempat kejadian.

“Barang mangsa seperti beg duit dan rantai tangan juga tidak terusik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, saksi kejadian yang juga pengawal keselamatan pusat beli-belah terbabit, mendakwa melihat wanita berkenaan di tingkat lima bangunan itu dan menegurnya supaya tidak berlegar di kawasan berkenaan tetapi mangsa kemudian terus terjun.

“Suami mangsa turut hadir di tempat kejadian dan mengesahkan mendiang mengajar di sebuah sekolah di Pasir Puteh, di sini dan pernah mengalami kemurungan.

“Difahamkan, mangsa yang mempunyai dua anak dan menetap di Pengkalan Tiara, di sini baru minggu lalu mendapat rawatan di hospital dan pada hari ini, selepas tamat sekolah menghantar anak ke kelas tambahan sebelum ke pusat beli-belah berkenaan,” katanya.

Mohd Ali berkata, suami mangsa juga tidak menyalahkan mana-mana pihak dan percaya mangsa mengalami tekanan teruk serta tidak dapat menerima beban kerja yang banyak selepas mengalami kemurungan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat yang akan dilakukan esok,” katanya. – Berita Harian

*Video di bawah hanya sekadar hiasan

Tags: ditemui matiGuru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd