• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Sifar Jadi Bahan Ketawa Dunia

oleh Ahmad Albab
11/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPUTUSAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menurunkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada 0 peratus atau sifar telah mengakibatkan negara bukan sahaja kehilangan pelabur, bahkan juga menjadi bahan ketawa dunia.

Menurut Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin, dakwaan Pakatan Harapan (PH) selama ini kononnya GST membebankan rakyat, ternyata hanyalah bohong semata-mata.

Buktinya ujar beliau adalah harga barang yang kebanyakannya naik walaupun setelah tiga bulan kadar GST disifarkan.

“Keputusan Tun M menurunkan GST kepada 0 peratus sememangnya diketawakan dunia kerana hampir 95% negara di dunia telah melakukan transformasi ekonomi dengan melaksanakan GST.

“Tetapi Malaysia di bawah PH membohongi rakyat dalam kempen PRU14 bahawa GST membebankan rakyat. Mungkin rakyat seronok untuk tiga bulan kerana tiada GST di dalam bil mereka.

“Hakikatnya, walaupun GST tiada, harga barang tetap sama, malah kebanyakkannya bertambah naik,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau yang merupakan antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu turut meramalkan kedudukan ekonomi rakyat akan bertambah buruk apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mula berkuatkuasa September nanti.

“Jika kini tarif elektrik yang naik, tunggu sehingga SST berkunjung tiba. Rakyat akan gigit jari kerana tiada satu pun manifesto (PH) yang ditunaikan, malah rakyat semakin miskin dan hidup tertekan kerana harga barang melambung tinggi.

“Kekurangan pelabur akan menyusahkan negara kerana peluang pekerjaan akan berkurangan, pekerja diberhentikan, peluang perniagaan semakin kurang, kontrak kerajaan semakin tiada, dan akhirnya bukan sahaja masyarakat Melayu yang akan menangis, malah masyarkat Cina dan India akan turut gigit jari,” tegas Anina. – www.bnbbc.my

Oleh: AIDIL SYUKRI

Tags: GSTpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd