• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Generasi Kedua Felcra Seberang Perak Bantah Harga Rumah

oleh
22/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK — Seramai 710 bakal pembeli projek Perumahan Generasi Kedua (Fasa 2) Felcra Changkat Lada, di Seberang Perak di sini kesal apabila mereka dikenakan harga yang berbeza berbanding tawaran semasa pelancaran projek perumahan itu dua tahun lepas.

Menurut wakil Badan Bertindak Anak-anak Peserta Felcra Generasi Kedua (Gen2) Seberang Perak, Zul Azri Hossaini, mereka ditawarkan harga asal antara RM90,000 hingga RM133,000 mengikut empat kategori semasa ditemuduga pihak Felcra Berhad (Felcra).

Namun begitu, apabila bakal pembeli menerima surat tawaran Taman Felcra Jaya Seberang Perak Fasa 2 baru-baru ini, mereka terkejut dengan harga meningkat sekali ganda antara RM128,888 hingga RM326,888 daripada harga asal.

“Malah turut menjadi persoalan dan tanda tanya kepada kami apabila mendapati tajuk surat panggilan jualan rumah ini dikeluarkan oleh Felcra Properties Sdn Bhd dengan tajuk ‘Pelancaran Jualan Projek Perumahan Mampu Milik’ taman itu.

“Sedangkan ramai dalam kalangan anak peserta Felcra mengetahui bahawa projek perumahan itu untuk Gen2 Felcra, dan harga ditawarkan pula sangat tidak munasabah,” katanya pada sidang media selepas bersama kira-kira 300 peserta dan bakal pembeli hadir melakukan bantahan aman di sini hari ini.

Difahamkan projek perumahan fasa 2 yang telah siap itu mempunyai 710 unit serta dijangka boleh diduduki akhir tahun ini.

Merasakan terkilan dianiaya pihak Felcra, Zul Azri menuntut pihak Felcra mengembalikan hak anak peserta yang telah dijanjikan selain membantah penukaran status kepada Perumahan Mampu Milik yang akan dijual dengan konsep jualan umum semasa pelancaran jualan 27 hingga 29 Julai ini.

“Kita juga menuntut Felcra menjelaskan status semasa tanah tapak perumahan Gen2 Felcra itu kepada umum samada ia tanah diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak sebelum ini atau tanah dibeli oleh pihak Felcra,” katanya.

Zul Azri turut menjelaskan pihaknya telah beberapa kali menghubungi Felcra namun pelbagai alasan dan jawapan diberikan dan sehingga kini tiada kata putus.

Seorang bakal pembeli Shahruan Shahuddin, 40, berkata perubahan harga baru yang ditawarkan tidak munasabah dan akan menyebabkan anak peserta Felcra tidak mampu lagi memiliki rumah.

“Masalahnya harga naik sekali ganda lebih dan sangat tidak masuk akal. Malah prasarana di sini pun belum ada lagi,” katanya.

Seorang lagi pembeli rumah berkenaan Norizan Ibrahim dan Azuana Bistani masing-masing anak jati Felcra Changkat Lada di sini turut sependapat bahawa pihak Felcra sepatutnya mendahulukan anak peserta dalam semua hal dan bukannya dibuka projek berkenaan kepada pembeli luar yang bukan anak peserta atau generasi kedua Felcra. – BERNAMA

Tags: harga rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Sukar Pulihkan Hubungan Dengan China?

Next Post

Bayi 20 Bulan Maut Terjerut Tali Bidai Tingkap Rumah

Related Posts

Harga Rumah Bertanah Di KL, PJ Dijangka Naik Tiga Hingga Empat Peratus

Harga Rumah Bertanah Di KL, PJ Dijangka Naik Tiga Hingga Empat Peratus

06/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Harga rumah kediaman bertanah dua tingkat di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ),...

Kerajaan Garis Langkah Atasi Harga Rumah Mahal

29/04/2022
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) telah menggariskan langkah segera...

Next Post

Bayi 20 Bulan Maut Terjerut Tali Bidai Tingkap Rumah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd