• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Seksual: Kementerian Kesihatan Jalankan Siasatan Rapi

oleh
30/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan rapi berhubung laporan aktiviti gangguan seksual ketua jabatan ortopedik sebuah hospital di Lembah Klang, kata Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana melibatkan mangsa wanita.

“Kita akan berbincang dengan serius dan menyusuri perkara ini dan kami juga sedang membuat siasatan rapi hingga ke akar umbi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam melaporkan ketua jabatan terbabit menjadikan doktor pelatih wanita sebagai sasaran dan mengugut akan menggagalkan latihan perubatan mereka jika tidak mengikut kehendaknya.

Antara modus operandi ketua jabatan itu ialah meminta doktor pelatih untuk minum bersamanya sebelum melakukan sentuhan seksual secara paksa. Seorang daripada mangsa mendakwa telah membuat laporan polis namun tiada tindakan diambil.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata ​​​​​​​tiada kes kematian baharu akibat penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) direkodkan setakat ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya dimaklumkan terdapat satu kes melibatkan kanak-kanak berusia 11 bulan yang kini berada di Unit Rawatan Rapi di Hospital Sibu, Sarawak.

“Namun keadaan dia adalah lebih stabil dan semakin pulih,” katanya.

Sabtu lepas, seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah di Sarawak meninggal dunia dipercayai akibat dijangkiti HFMD.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian kanak-kanak itu disebabkan jangkitan paru-paru yang teruk dengan jangkitan HFMD dan sampel klinikal diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

08/07/2019
0

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd