• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Era Plat 2 Huruf Di Perlis Berakhir

oleh
24/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMAT… Zaman nombor pendaftaran kenderaan di Perlis dengan hanya dua huruf yang mula diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak hampir 40 tahun lalu berakhir semalam.

Mulai hari ini, pihak JPJ negeri paling kecil di Malaysia itu secara rasmi sudah membuka tempahan siri nombor plat baharu untuk rujukan kenderaan Perlis dengan tiga huruf iaitu RAA ditawarkan kepada pembida seluruh negara.

Apa yang pasti, nombor pendaftaran bermula dengan siri R dan kemudian RA sekitar awal 1970-an itu bakal jadi nostalgia bagi rakyat negeri ini setelah sudah sekian lama sinonim dengan plat mengandungi dua huruf sahaja.

Bagi orang ramai yang sempat membuat tempahan nombor pendaftaran kenderaan iaitu RY yang menjadi siri plat terakhir dua huruf sebelum ini, pasti bertuah kerana menjadi sebahagian daripada warisan sejarah lama negeri ini.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat JPJ negeri, Mohamad Tarmizi Ghazali berkata, proses perubahan plat di Perlis unik kerana bergerak perlahan dan memakan masa puluhan tahun untuk sampai ke siri baharu tiga huruf.

Bagaimanapun ujar beliau, selepas ini, pastinya rakyat di Perlis berasa bangga akan dapat melihat suasana baharu apabila nombor pendaftaran kenderaan sudah berubah kepada siri tiga huruf sebagai mana negeri-negeri lain.

Setakat ini hanya plat Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan masih lagi dengan dua huruf sahaja iaitu setakat rekod JPJ pada hari ini masing-masing menggunakan siri pendaftaran FB dan LE.

“Hari ini (23 Julai 2018), berakhirlah era kegemilangan nombor pendaftaran dengan dua huruf di Perlis apabila tempatan untuk siri RY telah ditutup. Bermula esok (24 Julai 2018) orang ramai boleh buat tempahan siri RAA.

“Tempahan untuk proses tender bidaan terbuka siri RAA ini bermula daripada nombor 1 sehingga 9999 yang akan berakhir pada 7 Ogos depan,” kata Mohamad Tarmizi ketika dihubungi oleh sebuah akhbar tempatan semalam.

Tambahnya, antara punca plat di Perlis lambat bergerak adalah kerana pada masa dahulu, rakyat di negeri ini tidak begitu berminat dengan siri dua huruf malahan mereka lebih gemar beli nombor pendaftaran dari negeri lain.

Namun jelas Mohamad Tarmizi, sejak daripada pengeluaran siri RM pada Februari 2015, tempahan pada masa itu bergerak dengan cepat kerana dua huruf itu dianggap singakatan Ringgit Malaysia dan diikuti dengan siri lain.

“Bahkan salah satu siri RM juga pernah mencipta sejarah apabila bidaannya pernah cecah lebih RM400,000. Tidak ketinggalan siri RR dibuka pada Jun tahun lalu dengan bidaan lebih RM7 juta, rekod tertinggi di Perlis,” katanya.

Pada ketika itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dilaporkan berjaya memenangi proses bidaan terbuka untuk plat nombor RR6 dan RR9 dengan nilai masing-masing sebanyak RM459,800 dan RM396,980.

“Saya juga percaya, selepas ini khususnya rakyat di negeri ini tentu akan merindui zaman nombor pendaftaran dengan dua huruf yang sebelum ini hanya ada di Perlis,” tambah Mohamad Tarmizi. – Agensi/Mynewshub.TV

* Video berikut sekadar hiasan…

Tags: Jabatan Pengangkutan Jalannombor plat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar US

Next Post

“Dia Peluk Sebab Nak Pujuk” – Ifa Raziah

Related Posts

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Pamer Nombor Plat Lain Pada Kereta McLaren, JPJ Siasat Suami Pelakon

Pamer Nombor Plat Lain Pada Kereta McLaren, JPJ Siasat Suami Pelakon

20/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Tindakan meletakkan nombor pendaftaran kenderaan lain pada kenderaan sendiri tetap menjadi kesalahan dan boleh dikenakan saman walaupun ia...

Next Post

"Dia Peluk Sebab Nak Pujuk" - Ifa Raziah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd