• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empangan Di Laos Runtuh

oleh Ahmad Albab
25/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIENTIANE, Laos – Beratus-ratus orang hilang dan sebilangan lagi dipercayai terbunuh apabila sebahagian daripada sebuah empangan hidroelektrik yang sedang dibina runtuh di tenggara Laos, lapor media pemerintah semalam.

Laos mempunyai rangkaian sungai yang luas dan terdapat beberapa empangan sedang dibina atau dirancang di negara dikelilingi daratan itu. Laos mengeksport sebahagian besar tenaga hidroelektriknya ke negara jiran seperti Thailand.

Agensi Berita Laos (LNA) berkata, kemalangan itu berlaku di sebuah empangan hidroelektrik di daerah Sanamxay, wilayah Attapeu lewat kel marin. Bencana itu menyebabkan lima bilion kubik meter air atau anggaran lebih dua juta kolam renang saiz Olimpik, melimpah keluar.

Menurut LNA, enam buah kampung tenggelam dan kira-kira 6,600 orang hilang tempat tinggal.

Sejumlah kediaman di selatan daerah Sanamxay turut dihanyutkan air deras, manakala pegawai-pegawai di wilayah Attapaeu meminta supaya bantuan disalurkan kepada mangsa banjir.

Empangan hidroelektrik berharga AS$1.2 bilion (RM4.8 bilion) itu merupakan sebahagian daripada projek syarikat berpangkalan di Vientiane, Xe Pian Xe Namnoy Power Company (PNPC), sebuah kerjasama yang dibentuk pada tahun 2012.

Antara syarikat yang terlibat dalam projek itu, menurut LNA, termasuk firma Ratchaburi Electricity Generating Holding dari Thailand, Western Power (Korea Selatan) dan Lao Holding State Enterprise (Laos).

Empangan berkapasiti 410 megawatt itu sepatutnya memulakan operasi komersial menjelang 2019. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: empanganLoas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

06/12/2025
0

SUMATERA – Satu kejadian tanah runtuh besar dilaporkan berlaku di kawasan tinggi berhampiran Empangan Hidroelektrik Sipulak, Kecamatan Pakkat, Sumatera Utara,...

Cuaca Panas: Paras Air Empangan Dipantau

16/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan terus memantau paras takungan air mentah di semua empangan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd