• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Durian Goreng Mulai Popular Di Terengganu

oleh
28/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HIDANGAN ini sebenarnya cukup terkenal di Indonesia lebih sedekad lalu ekoran lambakan raja segala buah di pasaran republik tersebut dan bagi elak kerugian dialami pekebun kecil tanaman itu.

Malah resipi unik ini pernah dipopularkan Ahli Parlimen Pontian di Johor, Datuk Ahmad Maslan awal tahun ini dengan campuran sedikit telur tetapi dikutuk netizen pro-Pakatan Harapan (PH) kerana kononnya dianggap cacat!

Walhal bagi yang pernah menikmati durian goreng, hidangan berbentuk snek hidangan ringan ini turut dijual di beberapa buah restoran mewah sekitar Lembah Klang termasuk selebriti ternama, Chef Datuk Ismail Ahmad.

Namun musim durian kali ini yang menyaksikan buah ini banyak sekali kurang laris dijual ekoran tindakan China tidak import dari Malaysia dan beralih kepada Thailand, memberi ilham kepada seorang wanita di Terengganu.

Disebabkan ingin bawa sedikit kelainan, beliau yang merupakan seorang suri rumah di Kampung Balik Bukit, Jertih mengambil keputusan untuk menyuntik daya kreatif berbanding sekadar jual secara mentah raja buah tersebut.

Semua sudah maklum mengenai pisang goreng dan cempedak goreng manakala Mariam Che Yusof, 64 tahun, pula memutuskan untuk mencuba ‘durian goreng’ bagi dimakan sepanjang musim buah berkenaan pada tahun ini.

Mariam Che Yusof (kiri) sedang goreng durian di kuali. – Gambar NSTP

Pada mulanya, beliau hanya membuat ‘durian goreng’ untuk dihidangkan kepada beberapa jiran terdekatnya tetapi kemudian, Mariam mula mendapat lebih banyak tempahan untuk pelbagai acara dan majlis keramaian setempat.

“Insya-Allah, jika tiada halangan, saya berminat untuk berniaga secara serius, perniagaan durian goreng saya ini, tetapi ia hanya menjadi satu perniagaan musim kerana durian tidak boleh didapatkan sepanjang tahun,” katanya.

Mariam berkata proses buat ‘durian goreng’ itu bermula dengan keluar isi durian sebelum celup ke dalam adunan tepung gandum, gula, garam dan sedikit esen vanila. Ia kemudian digoreng selama 15 minit sehingga rangup.

“Keenakan durian goreng ini memang tidak boleh dinafikan, tetapi ia juga boleh dimakan oleh mereka yang tidak suka dengan durian disebabkan isu baunya, kerana selepas menggorengnya, bau itu akan pudar sendiri,” jelasnya.

Makanan itu ujar Mariam, sesuai dijadikan sarapan pagi seisi keluarga kerana ia bukan sahaja enak, malah kenyang perut untuk jangka panjang sama seperti pengambilan makanan berat seperti nasi. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: DURIANdurian goreng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Perlu Berdiri Atas Nama Sendiri – Khairy

Next Post

Next Bike Lancar Ducati Scrambler 1100

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

Next Post

Next Bike Lancar Ducati Scrambler 1100

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd