• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dia Peluk Sebab Nak Pujuk” – Ifa Raziah

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Artis serba boleh, Ifa Raziah menyifatkan, isu foto Datuk Boy Iman memeluknya yang dimuat naik di laman sosial, Instagram pelakon itu hanya perkara kecil dan tidak perlu digembar-gemburkan.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha berkata, dia dan pelakon itu sudah lama mengenali antara satu sama lain, malah hubungan mereka memang rapat. Dia juga sudah menganggap Boy Iman seperti adik sendiri.

“Saya dan suami memang rapat dengan Boy Iman, malah dia sudah kami anggap seperti adik sendiri. Disebabkan terlalu rapat, jika ada benda yang tidak kena, kami akan saling menegur.

FOTO Ifa Raziah dan Boy Iman yang mencetus pertikaian peminat. – Foto Instagram Boy Iman.

“Foto itu diambil ketika saya dan Boy Iman bertemu pada satu majlis, baru-baru ini. Dia memeluk kerana mahu memujuk saya yang marahkan dia kerana lupa diri. Hanya itu dan rasanya, tidak perlulah perkara ini dihebohkan.

“Suami saya faham dan tahu perkara sebenar yang berlaku, kenapa orang lain pula yang susah hati?” katanya ketika dihubungi BH Online.

Foto yang dimuat naik Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman Abd Rahman di Instagram itu mencetuskan perdebatan ramai yang kurang senang dengan aksi mesra mereka.

Meskipun Boy Iman menerangkan, dia berbuat demikian sebagai tanda sayang terhadap wanita yang sudah dianggapnya seperti kakak sendiri, ramai menganggap perbuatan itu kurang manis memandangkan antara mereka tiada ikatan persaudaraan.

“Peluk itu bukan apa, satu kerana dia sudah kurus, selain pakaiannya sangat cantik. Ia juga sebagai tanda sayang kerana saya sudah menganggap Ifa seperti kakak sendiri,” tulisnya. – BH ONLINE

Tags: Boy ImanIfa raziah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Farid Kamil, Boy Iman Ditarik Balik Gelaran Datuk

10/02/2021
0

KUANTAN - Pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman antara lima individu yang ditarik balik gelaran...

MED Nafi Terlibat Dalam Program Boy Iman

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) hari ini menafikan penglibatan dalam program Fingo Star anjuran Fingo (M) Sdn. Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd