• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBP Akan Terus Pujuk A.Samad Said

oleh
27/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berputus asa memujuk Sasterawan Negara (SN) Datuk Seri A.Samad Said untuk kembali ke agensi itu.

Pengerusi Lembaga Pengelolanya, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom berkata walaupun sasterawan itu telah membuat kenyataan menolak pelawaan itu, namun DBP optimis ia boleh diselesaikan.

“Kita tahu seperti dilaporkan semalam, dia kata (A.Samad) sudah terlambat, kita masih tidak putus asa, kita masih terus berhubung dengan beliau, ini pun kita tunggu sahaja isyarat ke rumah beliau, jika ok, kita akan terus pergi (berbincang),” katanya kepada pemberita di majlis Ramah Mesra DBP Bersama Media di sini hari ini.

Semalam dilaporkan A. Samad menolak pelawaan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu membawanya kembali ke DBP.

A.Samad menyifatkan hasrat itu sebagai sudah terlambat dan beliau sudah lama terpinggir dan tersingkir oleh kerajaan sejak dahulu.

Sementara itu, Dr Mohamed Hatta berkata semua SN adalah ikon DBP dan ikon negara dan rasa kasih-sayang agensi itu dengan semua SN termasuk A. Samad tidak pernah putus.

“Dalam mana-mana hubungan kasih-sayang, tentu ada pasang-surut, kita hormati keputusan beliau, namun masih berharap dan pastinya di sinilah (DBP) tempat dia,” katanya.

Dr Maszlee sebelum ini berkata kerajaan akan kembali mempromosi karya-karya A. Samad termasuk membawanya kembali ke DBP.

A. Samad atau nama sebenanya Abdul Samad Muhammad Said menerima anugerah SN pada tahun 1985.

Antara karya terkenal beliau yang diterbitkan oleh DBP ialah Lantai T.Pinkie yang pernah diadaptasi ke bentuk teater dan dipentaskan di Istana Budaya. – BERNAMA

Tags: A Samad SaidDBP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

Sanusi Kecewa DBP Tak Datang Majlis Kerana Kedah Negeri Pembangkang

15/12/2022
0

ALOR SETAR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kecewa dengan sikap seorang pegawai kanan Dewan Bahasa...

Awang Sariyan ‘Pulang’ Ke DBP

27/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Bagai sirih pulang ke gagang, begitulah reaksi persatuan kesusasteraan tanah air mengenai pelantikan tokoh bahasa dan persuratan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd