• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Hasil Jualan Kasut Hitam Ke THM Adalah Fitnah

oleh
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa hasil jualan kasut hitam pelajar sekolah akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).

Merujuk kepada sebuah poster yang tersebar di laman sosial, beliau berkata: “Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebar poster ini dan saya ingin menegaskan bahawa kenyataan ini adalah fitnah.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini dan rakyat Malaysia boleh melihat kembali rakaman program Bicara Minda di Sinar Online,” katanya dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Dalam poster yang memaparkan keratan berita sebuah portal dalam talian itu, Maszlee didakwa berkata kasut hitam murid sekolah hendaklah dibeli daripada jenama yang disyorkan kerajaan dengan 10 peratus daripada hasil jualan disumbangkan ke tabung itu bagi membantu mengurangkan beban hutang negara.

Semalam, Maszlee dalam program Bicara Minda Bersama Menteri Pendidikan berkata kementerian akan membenarkan semua pelajar sekolah dan menengah untuk memakai kasut berwarna hitam mulai sesi persekolahan tahun depan. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Malikkasut sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Kajian Semula Kasut Hitam, KPM Dapatkan Pandangan Sekolah

15/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan membuat kajian semula pelaksanaan peraturan pemakaian kasut dan stokin berwarna hitam di semua sekolah....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd