• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daesh Menyamar ‘Penuntut Kolej’ Suntik HIV?

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS Selangor akan menyiasat dakwaan kumpulan pengganas Daesh yang dikatakan menyamar sebagai penuntut kolej perubatan yang menyuntik virus mengandungi HIV/AIDS.

Dalam mesej yang tersebar melalui aplikasi Whatsapp, seseorang yang didakwa pengganas Daesh menyamar sebagai pegawai kolej perubatan dikatakan datang ke rumah mangsa dan memberitahu mahu melakukan ujian gula dalam darah secara percuma.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana mangsa berkenaan kejadian itu, setakat ini.

“Saya masih belum dapat maklumat itu dan kadang-kadang yang disebarkan adalah tidak betul.

“Bagaimanapun, pihak polis lihat sejauh mana kesahihannya mesej itu dan meminta mangsa membuat laporan supaya siasatan dapat dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan di Perkarangan Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Shah Alam, hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tidak membenarkan individu yang tidak dikenali memasuki rumah dengan sewenang-wenangnya.

“Siapa yang kita tidak kenal jangan beri masuk dalam rumah. Itu sahaja. Kalau tidak kenal kenapa mahu beri masuk rumah? Kenapa mahu undang bahaya dengan benarkan orang yang tidak dikenali orang masuk ke rumah,” katanya.

Mesej berkenaan tersebar melalui Whatsapp dengan menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati kerana terdapat pengganas Daesh yang menyamar sebagai penuntut kolej untuk menjalankan ujian darah secara percuma sebelum menyuntik virus HIV.

Mesej dalam bahasa Inggeris itu menyebut: “Attention. If someone comes to your doorstep and says we are from the medical college want to test your blood sugar for free, don’t give the test. call the police immediately. They are ISIS terrorists, are to inject HIV. AIDS virus into your blood. Share this to friends and relatives. Thanks. By Police.

(Perhatian. Jika seseorang datang ke pintu rumah anda dan mendakwa dirinya dari kolej perbuatan serta mahu menjalankan tahap gula dalam darah secara percuma, jangan benarkan. Hubungi polis dengan segera. Mereka adalah ISIS yang menyuntik virus HIV/AIDS ke dalam darah anda. Sila kongsikan kepada rakan-rakan dan saudara-mara. Terima kasih. Oleh Polis).” – MyMetro

Tags: pengganas Daishvirus hiv
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Koronavirus: China Guna Ubat Rawat Virus HIV

27/01/2020
0

BEIJING - China menggunakan ubat dihasilkan AbbVie Inc untuk merawat virus HIV sebagai rawatan ad-hoc untuk pneumonia yang disebabkan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd