• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Croatia Mampu Atasi Skuad Legenda 98′

oleh Cj Mnh
10/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAYAAN mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 pertama kali sejak dua dekad lalu mengembalikan semula kenangan pencapaian tertinggi bola sepak Croatia dengan harapan skuad diketuai Luka Modric mampu pergi lebih jauh berbanding pasukan legenda 1998.

Selepas kemenangan dramatik ke atas Russia menerusi sepakan penalti, Croatia akan menentang England di hadapan 80,000 penyokong di Stadium Luzhniki Moscow, esok untuk merebut tempat ke pentas final Piala Dunia.

Pada 1998, Croatia yang lahir dari perang kemerdekaan yang pahit hanya tiga tahun lebih awal, membuat kemunculan sulung di pusingan akhir Piala Dunia.

Pasukan diperkuatkan barisan pemain seperti Davor Suker, Zvonimir Boban dan Robert Prosinecki yang memakai jersi berwarna biru dengan corak berpetak merah dan putih menewaskan gergasi Jerman 3-0 di peringkat suku akhir di Perancis, sehingga menggemparkan penyokong di tanah air mereka.

Walaupun Croatia kalah kepada pasukan tuan rumah, Perancis 2-1 di separuh akhir mereka berjaya mengalahkan Belanda 2-1 bagi penentuan tempat ketiga.

Pasukan yang mendapat jolokan “The Fiery Ones” juga menjadi contoh dan idola kepada skuad Croatia sehingga ke hari ini.

Selepas sekian lama, akhirnya muncul pasukan baharu Croatia yang mampu mengatasi kejayaan skuad legenda 1998.

Bekas pemain kebangsaan Croatia 1998, Robert Prosinecki berkata mereka sangat gembira kerana sudah ada skuad yang mampu mengatasi pencapaian mereka sebelum ini.

“Saya sangat berharap mereka lebih baik daripada kami. Tahun 1998 memang tidak boleh dilupakan, namun saya gembira kerana akhirnya ada pasukan yang mampu mengatasi kejayaan ‘Fiery Ones’ 1998 dan seterusnya menjadi sanjungan penyokong,” kata Prosinecki yang juga bekas pemain Real Madrid. – MyMetro

Tags: croatiaPiala Dunia 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Euro 2020: Sepanyol Lolos Sekatan Croatia

29/06/2021
0

COPENHAGEN - Jaringan masa tambahan Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal memberikan Sepanyol kemenangan 5-3 ke atas Croatia di Stadium Parken,...

Euro 2020: Sepanyol Tempah Pertemuan Berdepan Croatia

24/06/2021
0

SEPANYOL bakal membuat perhitungan dengan Croatia pada pusingan 16 terbaik selepas membenam Slovakia 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan E Euro...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd