• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Croatia Iringi Perancis Ke Final, Singkir England

oleh Ahmad Albab
12/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CROATIA mara ke final Piala Dunia buat kali pertama selepas mengejutkan England 2-1 pada saingan separuh akhir awal pagi Khamis.

Mario Mandzukic diangkat sebagai hero The Blazers apabila menyumbat gol kemenangan (m-109) sekaligus meranapkan impian The Three Lions untuk ke pentas akhir.

Aksi kemenangan anak buah Zlatko Dalic hadir ketika perlawanan diheret ke masa tambahan selepas kedudukan terikat 1-1 tempoh permainan sebenar.

Sebelum itu, England bermula dengan baik menjaringkan gol seawal minit ke-enam menerusi sepakan percuma oleh Kieran Trippier.

Namun Ivan Perisic yang beraksi bersama kelab Inter Milan menyamakan kedudukan minit ke-68.

Rekod terbaik Croatia dalam aksi Piala Dunia ialah mara ke separuh akhir pada tahun 1998, namun tewas kepada tuan rumah, Perancis.

Apa yang menarik, Croatia kembali bertembung dengan Les Bleus di final Ahad ini.

Manakala England yang dibimbing Gareth Southgate terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk ke final selepas tahun 1966.

Senarai pemain:

England Pickford, Walker (Vardy), Stones, Maguire, Trippier, Alli, Henderson (Dier), Lingard, Young (Rose), Sterling (Rashford), Kane

Croatia : Subasic, Vrsaljko, Lovren, Vida, Strinic (Pivaric), Rakitic, Brozovic, Rebic (Kramaric), Modric, Perisic, Mandzukic (Corluka)

Pengadil: Cuneyt Cakir (Turki) – mStar Online

Tags: croatiaPiala Dunia 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Euro 2020: Sepanyol Lolos Sekatan Croatia

29/06/2021
0

COPENHAGEN - Jaringan masa tambahan Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal memberikan Sepanyol kemenangan 5-3 ke atas Croatia di Stadium Parken,...

Euro 2020: Sepanyol Tempah Pertemuan Berdepan Croatia

24/06/2021
0

SEPANYOL bakal membuat perhitungan dengan Croatia pada pusingan 16 terbaik selepas membenam Slovakia 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan E Euro...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd