• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Elak Badi Leverdez Berulang

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR –  Jaguh perseorangan lelaki badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pastinya mahu mengelak badi kekalahan di tangan pemain Perancis, Brice Leverdez daripada berulang apabila kedua-dua pemain itu diundi membuat perhitungan pusingan pertama Kejohanan Dunia di Nanjing, China pada 30 Julai hingga 5 Ogos depan.

Pada edisi di Glasgow, Scotland, tahun lalu, pemain berusia 36 tahun itu ditunjukkan jalan keluar oleh Leverdez di pusingan pertama.

Bagaimanapun, Chong Wei yang diletakkan pilihan kedua diramal mampu melangkah lebih jauh dengan cabaran sebenarnya bermula di separuh akhir apabila dia dijangka bertemu bintang muda Jepun, Kento Momota andai masing-masing berjaya melepasi pusingan awal.

Juara dunia lima kali dari China, Lin Dan, juara Olimpik 2016, Chen Long (China) dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen masing-masing dengan masing-masing hanya akan bertemu Chong Wei di pentas final.

Pemain Malaysia yang turut beraksi dalam acara perseorangan lelaki ialah pemain profesional Liew Daren yang akan bertemu Jonathan Christie dari Indonesia di pusingan pertama.

Sementara itu, dalam acara beregu lelaki, pasangan nombor satu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mendapat bye di pusingan pertama dan berkemungkinan menentang rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin di pusingan kedua.

Skuad beregu lelaki negara turut mendapat khabar gembira apabila pasangan muda, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut layak beraksi di undian utama.

Pemain negara yang turut beraksi di Nanjing ialah perseorangan wanita, Goh Jin Wei dan Soniia Cheah; beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean serta beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta Tan Kian Meng-Lai Pei Jing. – BhOnline

Tags: datuk lee chong weikejohanan dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Gusti Iran Tarik Diri Kejohanan Dunia, Enggan Bertemu Israel

Atlet Gusti Iran Tarik Diri Kejohanan Dunia, Enggan Bertemu Israel

15/09/2022
0

SERBIA : Seorang atlet gusti dari Iran memutuskan untuk menarik diri daripada Kejohanan Gusti Dunia 2022 di Belgrade kerana enggan...

Aaron-Wooi Yik Pahat Sejarah Rangkul Gelaran Dunia

Aaron-Wooi Yik Pahat Sejarah Rangkul Gelaran Dunia

28/08/2022
0

PETALING JAYA: Beregu No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta sejarah merangkul gelaran dunia selepas menumpaskan pasangan Indonesia, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd