• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumi Semakin Panas Jejas 1.1 Bilion Orang

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OSLO, Norway – Lebih satu bilion orang berdepan risiko kekurangan alat penyaman udara dan peti sejuk untuk menyejukkan badan mereka dan menyimpan makanan serta ubat ketika lebih banyak suhu tinggi direkodkan akibat pemanasan global, kata satu kajian semalam.

Permintaan tenaga elektrik untuk peti sejuk, kipas angin dan peralatan lain juga meningkat dan akan memburukkan lagi impak perubahan iklim melainkan sumber bahan api fosil diganti dengan tenaga lebih bersih, demikian menurut laporan agensi Sustainable Energy for All (SEforALL).

Agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu itu berkata, kira-kira 1.1 bilion orang di Asia, Afrika dan Amerika Latin atau merangkumi 470 juta penduduk di kawasan pedalaman dan 630 juta warga se­tinggan bandar, merupakan antara yang terjejas akibat kekurangan penyaman udara dan peti sejuk.

“Fungsi penyejukan menjadi le­bih penting ekoran perubahan iklim,” kata ketua SEforALL, Rachel Kyte kepada agensi berita Reuters.

Dalam kaji selidik melibatkan 52 negara itu, negara yang paling berisiko ialah India, China, Mozambique, Sudan, Nigeria, Brazil, Pakistan, Indonesia dan Bangladesh, kata SEforALL.

“Kita perlu menyediakan penyejukan dengan cara yang amat efisien,” kata Kyte lagi.

Menurutnya, syarikat-syarikat dapat mencari pasaran besar de­ngan mengeluarkan alat penyaman udara murah dan efisien untuk dijual kepada golongan sederhana yang semakin meningkat di negara-negara tropika.

Katanya lagi, penyelesaian lebih mudah seperti mengecat bumbung dengan warna putih untuk memantulkan pancaran matahari atau mereka semula bangunan supaya dapat membebaskan haba juga membantu.

Menurut SEforALL, haba akibat pemanasan global dijangka menyebabkan 38,000 kematian tambahan di seluruh dunia setiap tahun antara tahun 2030 hingga 2050. – Reuters/Kosmo Online

Tags: bumipanas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Hadiah Kasut Kepada Budak Lelaki Miskin

Next Post

Martinez Cadang Hazard Tinggalkan Chelsea

Related Posts

Tangguh Kenaikan SST Sehingga Ekonomi Pulih

Cuaca Dijangka Panas, Kering Sepanjang Ramadan

08/03/2024
0

KUALA NERUS - Taburan hujan yang berkurangan diramal menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih kering dan panas sepanjang Ramadan ekoran fenomena...

‘Syukurlah Along Dan Angah Ditemui Selamat’

Kapsul Peregrine Dijangka Terhempas Ke Bumi

18/01/2024
0

WASHINGTON - Kapsul kapal angkasa Peregrine dijangka terhempas ke bumi secara terkawal pada Khamis selepas ia gagal melakukan pendaratan komersial...

Next Post

Martinez Cadang Hazard Tinggalkan Chelsea

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd