• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bro Saddiq Menteri Smart, Cerdas – Jokowi

oleh Ahmad Albab
14/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertemu idolanya, Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa lawatan kerja ke republik itu pada Sabtu.

Beliau memuat naik video berdurasi 57 saat semasa berada di dalam sebuah kereta bersama pemimpin negara jiran yang lebih dikenali sebagai Jokowi di laman Facebooknya pagi Sabtu.

“Assalamualaikum. Hari ini saya bersama bapak Presiden yang merupakan idola saya dan anak muda di Malaysia dan juga Indonesia,” katanya dalam video tersebut.

Dalam posting di Facebooknya, Syed Saddiq turut memberitahu Jokowi turut memanggilnya bro.

“Dia (Jokowi) panggi saya bro,” katanya berserta dengan emoji gelak sampai keluar air mata dan peace.

Jokowi dalam video tersebut dilihat selesa bersama dengan Syed Saddiq di dalam sebuah kereta.

“Saya berada di dalam satu mobil dengan bro Saddiq, saya senang sekali ada menteri yang smart, cerdas… satu mobil dengan saya,” katanya dalam nada berseloroh.

Jolokan bro mula dikaitkan dengan Syed Saddiq selepas Ahli Parlimen Muar itu dalam Twitternya menganggap bekas ‘pegawai medianya’ Numan Ariff sentiasa menjadi bro beliau susulan peletakan jawatan penuh kontroversi individu terbabit.

“Segala khidmat kamu sebelum ini tidak ternilai sejak hari berkempen. Moga sentiasa tabah dan saya sentiasa menghormati keputusan. Kamu akan sentiasa jadi bro saya,” kata Syed Saddiq.

Sementara itu, Jokowi turut mengalu-alukan kerjasama Indonesia-Malaysia dalam pelbagai bidang.

“Indonesia dan Malaysia sebagai saudara serumpun, marilah kita bekerjasama dalam segala bidang perniagaan, hubungan tenaga kerja dan semuanya saya ingat harus baik,” katanya.

Difahamkan Syed Saddiq dan Jokowi berada di Palembang untuk meninjau persiapan Sukan Asia yang akan berlangsung pada 18 Ogos hingga 2 September ini. – mStar Online

Tags: JokowiSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendakwaan Bersedia Rayuan Terhadap Pembebasan Syed Saddiq

Pendakwaan Bersedia Rayuan Terhadap Pembebasan Syed Saddiq

30/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menegaskan, pendakwaan sudah bersedia dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan...

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapati pendakwaan gagal membuktikan Ahli Parlimen Muar itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd