• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba: Jumlah Panggilan Kecemasan Tahun Lepas Turun

oleh Ahmad Albab
14/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak 86,982 panggilan kecemasan melibatkan kebakaran, penyelamatan, dan khidmat khas sepanjang tahun lepas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata daripada jumlah itu, panggilan melibatkan kebakaran adalah sejumlah 29,356 panggilan, penyelamatan (54,884) dan khidmat khas (2,392).

“Panggilan palsu pula adalah sebanyak 350 panggilan. Secara purata, panggilan yang diterima JBPM adalah sebanyak 238 panggilan sehari.

“Jumlah keseluruhan panggilan juga menunjukkan penurunan sebanyak enam peratus berbanding 92,307 panggilan pada 2016,” katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 Peringkat Kebangsaan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Turut berkenan mencemar duli Tengku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohammad Mentek, Ketua Pengarah JBPM, Hamdan Wahid dan Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Norazam Khamis.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata panggilan kecemasan tahun lalu juga menunjukkan penurunan sebanyak 41 peratus berbanding 49,876 pada 2016.

Katanya, ini merupakan satu perkembangan yang menggalakkan dan berharap penurunan ini disumbangkan oleh tahap kesedaran masyarakat menerusi kempen yang dilaksanakan JBPM.

Beliau berkata daripada 83 peratus panggilan kecemasan yang diterima JBPM, pasukan keselamatan itu berjaya tiba dilokasi kejadian dalam tempoh masa kurang 20 minit.

Pun begitu, beliau melahirkan rasa dukacita memandangkan angka kematian akibat kebakaran tahun lepas merekodkan sebanyak 165 orang, peningkatan sebanyak 54 peratus berbanding 2016.

“Taksiran kerugian dan kemusnahan harta benda pula sebanyak RM5.2 bilion pada tahun lepas meningkat sebanyak 81.81 peratus berbanding RM2.8 bilion pada 2016.

“Bagi taksiran harta yang diselamatkan juga meningkat sebanyak 42.29 peratus iaitu RM50.9 bilion berbanding RM35.8 pada 2016,” katanya.

Dalam pada itu, menteri berkenaan berkata pihaknya memberi perhatian serius terhadap keperluan pencegahan kebakaran bagi sesebuah bangunan supaya mengikut piawaian yang ditetapkan.

“Usaha memberi kesedaran keselamatan kebakaran kepada masyarakat juga akan diteruskan,” katanya.

Pada majlis itu yang dihadiri 3,000 hadirin, kesemua mereka disajikan dengan perarakan pelbagai jentera jabatan antaranya Pasukan Hazmat dan CBRne, Pasukan Penyelamatan Bangunan Tinggi, Bahagian Udara Bomba, Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA), Unit Pengesan (K9) dan Pasukan Penyelamatan Kemalangan Jalan Raya (RTA). – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hamidin Dilantik Presiden FAM Ke-7

Next Post

Isu Kanak-Kanak Tanpa Sijil Lahir Perlu Dikaji

Related Posts

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

02/03/2025
0

SHAH ALAM: Seorang budak lelaki berdepan detik cemas apabila sebahagian badannya tersangkut dalam tempayan ketika mandi dalam kejadian di sebuah...

Next Post

Isu Kanak-Kanak Tanpa Sijil Lahir Perlu Dikaji

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd