• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boeing Sasar Jual 42,700 Pesawat

oleh Ahmad Albab
18/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARIS… Pengeluar pesawat terbesar di dunia, Boeing Co me­ningkatkan unjuran permintaan industri untuk pesawat penum­pang dan kargo sepanjang 20 tahun kepada tiga peratus semalam.

Boeing menyatakan pada Pertunjukan Udara Farnborough di England, minggu ini bahawa pihaknya menjangkakan dapat buat 42,700 penghantaran industri dalam masa dua dekad akan datang, meningkat berbanding anggaran 41,030 penghantaran setahun lalu.

Jumlah itu menyamai unjuran pendapatan AS$6.3 tri­lion (RM25.4 trilion), meningkat berbanding unjuran serupa berjumlah AS$6.1 trilion (RM24.6 trilion) pada tahun lalu.

Unjuran positif itu didorong peningkatan lima peratus dalam jualan pesawat lorong tunggal seperti Boeing 737 dan Airbus A320 yang dipacu ramalan pertumbuhan trafik udara global sebanyak 4.7 peratus setahun, tidak berubah sejak tahun lalu.

Boeing yang berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat kini me­nyaksikan sebanyak 31,360 penghantaran pesawat lorong tunggal yang menjadi ‘lubuk wang’ kepada dua pengeluar pesawat terbesar di dunia itu dan popular dalam kalangan syarikat pe­nerbangan tambang murah.

Perjalanan udara mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan yang dipacu oleh ekonomi-ekonomi baharu, manakala China dilihat akan mengatasi Amerika Syarikat (AS) sebagai pasaran perjalanan udara domestik terbesar di dunia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi, kata Timbalan Presiden Pasaran Komersial Boeing, Randy Tinseth pada satu sidang akhbar.

Menurutnya, pertumbuhan pasaran domestik China dan permintaan tinggi untuk pesawat keluaran Boeing dan firma Eropah, Airbus dapat mengurangkan risiko Boeing sekiranya perbalahan perdagangan antara Washington dan Beijing merebak menjadi perang perdagangan sepenuhnya.

Boeing yang bergelar pengeksport terbesar AS, menghantar lebih satu daripada setiap empat pesawat komersial buatannya kepada pelanggan di China pada tahun lalu. – Reuters/KOSMO ONLINE

Tags: Boeingpesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ini Kata Ibu Ronaldo Selepas Pindah Ke Juventus

Next Post

Wenger Dedah Kesilapan Besar

Related Posts

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

Sayap Kiri Terbakar, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas

20/06/2022
0

PATNA - Sebuah pesawat komersial yang membawa 185 penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di bandar Patna, timur India pada Ahad...

Next Post

Wenger Dedah Kesilapan Besar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd