• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bila DAP ‘Sound’ Menteri U Turn

oleh
27/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) membuktikan Kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya di dominasi oleh DAP.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, Maszlee pantas membuat pusingan U berhubung isu tersebut dan membuat kenyataan akan menyediakan peruntukkan itu selepas dibidas oleh pemimpin DAP.

“Saya lihat, semakin ketara dominasi DAP dalam kerajaan Pakatan Harapan. Terbaru berlaku di Kementerian Pendidikan. Baru kelmarin menteri buat kenyataan, bila DAP “sound” maka hari ini menteri buat “U Turn” diselekoh tajam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menteri Pendidikan dilaporkan mengeluarkan kenyataan rasmi berjanji menyediakan peruntukan kepada SMPC melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, tetapi kenyataan itu hanya dalam bahasa Cina.

Menurut Maszlee, kerajaan Pakatan Harapan akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap SMPC.

Mengenai peruntukan di peringkat persekutuan, Maszlee dilapor berkata, peruntukan kerajaan Pakatan Harapan kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebagsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas wakil rakyat DAP membidas Kementerian Pendidikan kerana tidak memberikan peruntukan kewangan kepada SMPC.

Ini selepas Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen, mengatakan sekolah-sekolah berkenaan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian. – MYNEWSHUB.TV

Tags: DAPNasrudin Hassan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd