• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Ternakan Bagi Ibadah Korban Cukup

oleh
23/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Bekalan ternakan lembu, kerbau, kambing dan biri-biri untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha bulan depan adalah mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Memberikan jaminan itu ekoran kebimbangan dengan langkah sekatan pengimportan Australia, Salahuddin berkata bekalan ternakan adalah mencukupi berdasarkan bekalan lembu, kerbau, kambing dan bebiri yang telah diimport serta ternakan tempatan yang ada di seluruh negara pada masa ini.

“Jadi urusan ibadah korban boleh diteruskan seperti biasa, tak perlu bimbang mengenai bekalan lembu atau kambing terjejas,” katanya kepada pemberita selepas melawat Agri Tech & Engineering Innovation (ATEI) 2018 di bahagian Kejuruteraan Pertanian di sini hari ini.

Salahuddin berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dimaklumkan berkenaan sekatan pengimportan lembu/kerbau dan kambing/bebiri dari Australia untuk tempoh 7 Julai sehingga selepas Hari Raya Aidiladha berikutan isu pematuhan kepada keperluan Export Supply Chain Assurance System (ESCAS).

Menurut Salahuddin, mengambil kira keperluan masjid, surau dan rumah sembelih, dianggarkan permintaan lembu dan kerbau untuk korban sebanyak 44,673 ekor dan kambing serta bebiri pula 22,130 ekor untuk 2018.

Berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM), bekalan lembu/kerbau tempatan bagi penyembelihan Hari Raya Aidiladha ini sebanyak 37,967 ekor manakala bekalan lembu/kerbau yang diimport adalah 12,158 ekor, dengan menjadikan jumlah keseluruhan bekalan lembu/kerbau bagi tujuan korban 50,125 ekor.

Bagi kambing/bebiri pula, bekalan tempatan untuk penyembelihan korban adalah 31,079 ekor manakala bekalan yang diimport untuk penyembelihan korban 11,081 ekor, menjadikan jumlah keseluruhan bekalan kambing/bebiri bagi tujuan korban 42,160 ekor, katanya.

Mengenai Pusat Fidlot Nasional, beliau berkata taklimat mengenainya akan diadakan esok dan model baharu bekalan daging tempatan dijangka siap menjelang hujung tahun. – BERNAMA

Tags: Salahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd