• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batal SOSMA Buka Ruang Provokasi Kaum, Agama

oleh
24/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan membatalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan membuka lebih banyak ruang provokasi antara kaum dan agama melalui pelbagai saluran media sosial, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata parti itu memandang berat logik di sebalik cadangan pemansuhan akta itu yang digubal untuk menjaga ketenteraman awam daripada anasir yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara dan tidak langsung menyentuh soal politik individu.

“Dengan cadangan untuk menarik balik undang-undang ‘draconian’ yang beliau (Tun Dr Mahathir) sendiri pertahankan antara tahun 1981 dan 2003, dikhuatiri negara akan lebih terancam dengan meledaknya era ‘free for all’ internet dan media massa, serta perbuatan yang menjurus ke arah menggugat ketenteraman awam,” katanya, dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang banyak menindas rakyat khususnya SOSMA.

Dengan hasrat melupuskan Akta Hasutan 1948 dan Akta Anti-Berita Palsu 2018, kerajaan nampaknya mahu menggalakkan provokasi dan sentimen agama, kaum dan politiki dalam negara, kata Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkang dalam Parlimen.

“UMNO khuatir ada pihak yang menunggu peluang ini bagi menyebarkan hasutan serta dakyah dalam kalangan rakyat. Kesannya amat menakutkan, dan rakyat tidak lagi akan berasa selamat dalam suasana sedemikian,” katanya.

Katanya, UMNO percaya kerajaan juga akan membatalkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) yang memagari negara daripada sebarang kegiatan berunsurkan keganasan ala DAESH dan militan lain.- BERNAMA

Tags: SOSMA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tokoh PPBM Melaka ‘Merajuk’ Letak Jawatan

Next Post

PRK Sungai Kandis: 59 Kertas Undi Pos Dikeluarkan

Related Posts

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

Next Post

PRK Sungai Kandis: 59 Kertas Undi Pos Dikeluarkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd