• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Rakyat Dinobat Syarikat Terbaik Keseluruhan CSR

oleh Cj Mnh
20/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat dianugerahkan syarikat terbaik keseluruhan pada Anugerah CSR Malaysia 2018 kerana memperjuangkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berkesan terhadap golongan autistik.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi CSR Malaysia, Datuk R Rajendran kepada Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Majlis semalam turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Pengiktirafan terbabit merupakan penghargaan atas pembabitan aktif Bank Rakyat bagi membantu golongan autistik di seluruh negara sejak Oktober 2016 menerusi kempen #AnakKita.

Sepanjang tempoh dua tahun terbabit, 100 program telah dianjurkan bagi membantu seramai 20,000 penghidap autisme dengan membabitkan 90 sekolah, persatuan serta individu bagi membantu pembangunan golongan autistik.

Shukry berkata, Bank Rakyat menghargai pengiktirafan daripada CSR Malaysia yang melihat impak positif terhadap pelaksanaan inisiatif CSR yang diusahakan oleh Bank kepada perkembangan dan keperluan golongan autistik.

“Inisiatif CSR yang dilaksanakan oleh Bank ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk membuat pengesanan dan intervensi awal yang dapat membantu kanak-kanak autistik mencapai tahap perkembangan optimum bagi menjadi individu yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Sokongan untuk penghidap autisme diadakan dengan pelbagai aktiviti berterusan untuk mereka seperti Autismlympic, Terapi Bulanan, Sinar Aidilfitri Dari Hati Ke Hati dan kemuncak inisiatif untuk golongan tersebut adalah menerusi penganjuran Anugerah Autisme Dari Hati Ke Hati yang diadakan April 2018.

Bagi menghargai bakat insan istimewa ini, Bank Rakyat turut mengambil inisiatif menerusi cetakan korporat seperti laporan tahunan, kalendar dan sampul wang dengan memaparkan hasil idea kreatif mereka. – BERNAMA

Tags: Bank Rakyatterbaik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bank Rakyat Umum Dividen 15 Peratus

25/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ia...

Bank Rakyat Untung RM1.24 Bilion Tahun Lalu

27/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Kumpulan Bank Rakyat mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.24 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Bank...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd