• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Penyiasatan Bebas Siasat Isu Gangguan Seksual Doktor Pelatih

oleh
30/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah Badan Penyiasatan Bebas ditubuhkan bagi menyiasat isu gangguan seksual terhadap pegawai perubatan siswazah oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital, kata Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya badan penyiasatan itu menggabungkan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi berkaitan.

Beliau berkata penubuhan badan itu hasil mesyuarat pengurusan tertinggi KKM bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Timbalan Menteri Hannah Yeoh lewat petang ini, bagi membincangkan tindakan wajar diambil.

“Susulan pembongkaran kes ini, lebih ramai pegawai perubatan termasuk pelatih perubatan siswazah tampil membuat aduan yang serupa kepada pejabat Menteri Kesihatan serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui pelbagai saluran.

“KKM menyeru semua mangsa yang menghadapi kekerasan atau gangguan di tempat kerja sama ada dalam bentuk fizikal, lisan, mental atau seksual untuk membuat laporan terus kepada Menteri Kesihatan di alamat e-mel [email protected].,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menegaskan bahawa KKM memandang serius isu berkenaan, Dr Dzulkefly berkata KKM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan itu.

Pada Ahad, laporan muka depan akhbar The Star bertajuk “A sex predator is in the house” menyebut terdapat seorang Ketua Jabatan Ortopedik di sebuah hospital KKM di Lembah Klang, beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di bawah seliaan beliau. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmadgangguan seksual
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 15 Tahun

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 15 Tahun

17/10/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang siak masjid ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd