• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Guna Menteri Hanya Isytihar Harta Kepada SPRM?

oleh Cj Mnh
16/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa terganggu dengan sikap kerajaan baharu enggan menunaikan janji berhubung pengisytiharan harta secara terbuka.

Setiausaha Agung PSM, Sivarajan berkata, kerajaan Pakatan Harapan kini memberi pelbagai alasan untuk tidak menunaikan janji yang pernah dibuat kepada rakyat tersebut.

“Kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa menteri hanya perlu mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah langkah yang tepat.

“Kenyataan daripada bekas tokoh pembangkang dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) ini sangat mengecewakan. Apa guna pengisytiharan harta jika bukan untuk pengetahuan rakyat?,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sivarajan berkata, tiada guna pemimpin kerajaan Pakatan Harapan membuat pengisytiharan harta kepada agensi kerajaan yang mungkin mengenepikan kredibilitinya demi ‘tuan politik’.

Kata beliau, pengisytiharan harta kepada umum itu perlu dilakukan pada setiap tahun supaya rakyat boleh memantau sebarang pengumpulan harta.

“Pakatan Harapan perlu menunaikan janji. PSM desak Pakatan Harapan wakil rakyat mereka segera mengisytiharkan harta kepada rakyat jika benar-benar ikhlas dalam agenda perubahannya,” katanya. – Mynewshub.tv

Tags: parti sosialis malaysiaPengisytiharan Harta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Pertimbang Masa Tambahan Isytihar Harta

12/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat akan mempertimbang untuk membenarkan masa tambahan bagi mengisytiharkan harta kepada tiga Ahli Parlimen daripada Gabungan...

SPRM Papar Senarai Pengisytiharan Harta Pemimpin Kerajaan Bermula 1 Okt

19/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaparkan pengisytiharan harta anggota kabinet dan anggota parlimen Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd