• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Dakwa MARA Akan ‘Dibahagi-Bahagikan’

oleh Cj Mnh
27/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dipecah-pecahkan dan dibahagikan kepada beberapa kementerian.

Melalui status akaun Twitter miliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh memaklumkan bahawa MARA akan ‘dibahagi-bahagikan’ membabitkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU), Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

“Diberitakan MARA bakal difaraidkan/dipecah kecilkan dan dibahagi antara KKLW/KPU/KPM/JPM/KEKON.. MARA jadi umpama GHANIMAH (rampasan perang). Jika berlaku, YB Rina akan jaga kulit saja… segala isi dipindahkan,” tulisnya dalam Twitter pada jam 9.50 malam tadi.

Bagaimanapun, menerusi entri itu, Annuar yang juga bekas Pengerusi MARA tidak menjelaskan bagaimana agensi itu bakal dibahagikan antara kementerian terbabit.

Pada 23 Julai lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Mohd Yusof memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat keputusan mengenai kedudukan MARA kurang daripada tempoh 20 hari.

Mohd Redzuan berkata, secara peribadi beliau mahu MARA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan walaupun agensi itu itu kini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Namun, kita perlu ingat sejarah MARA yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum dibubarkan pada 2009.

“Jadi saya hendak sambung balik agenda dan memperkasakan peranan MARA seperti yang termaktub dalam Akta Parlimen,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan taklimat bersama pengurusan tertinggi MARA, 23 Julai lalu. – BH Online

Tags: MARATan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd