• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Mahu Tekun Nasional Disusun Semula

oleh
30/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Parlimen menggesa kerajaan Pakatan Harapan menyusun semula Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional) bagi ​​​​​​menangani kepincangan​​​​​​ berkaitan pembayaran semula pinjaman oleh usahawan tempatan.

Datuk Mansor Othman (PH-Nibong Tebal) berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, prestasi kewangan TEKUN Nasional dari 2013 hingga 2015 didapati kurang memuaskan kerana bebanan hutang kepada kerajaan yang tinggi selain kerugian terkumpul sebanyak RM209.28 juta pada akhir 2015.

Malah, katanya, laporan itu juga menyebut TEKUN Nasional turut gagal melaksanakan tiga projek yang dirancang iaitu portal keusahawan​ ​​​​​​TEKUN, kad komuniti usahawan TEKUN dan Cyber Mall yang menyebabkan kerugian sebanyak RM872,035.

“Secara keseluruhannya TEKUN Nasional telah menyalurkan pinjaman sebanyak RM4.29 billion kepada 473,982 usahawan, namun hanya 63.2 peratus usahawan telah membuat pembayaran semula melibatkan RM2.71 billion,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mendakwa sistem kutipan bayaran balik TEKUN Nasional kurang memuaskan berbanding sistem Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang mencatat sebanyak 99 peratus bayaran balik pinjaman.

Menurutnya, pembayaran balik pinjaman berupaya memastikan kelangsungan TEKUN Nasional ​​​​​​​selaku peneraju pembiayaan mikro untuk terus membantu golongan usahawan yang memerlukan modal tambahan bagi menjalankan perniagaan mereka.

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Tekun Nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambah Peruntukan Lebih Besar Kepada TEKUN Nasional

Tambah Peruntukan Lebih Besar Kepada TEKUN Nasional

09/12/2022
1

PUTRAJAYA : Pejuang Muda Putrajaya menggesa Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict supaya mencadangkan peruntukan lebih besar kepada...

Sistem SPIM Digodam, Tekun Nasional Buat Laporan Polis

19/02/2022
0

JOHOR BAHRU - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional membuat laporan polis pada Rabu lepas susulan sistem permohonan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd