• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alisson Sertai Liverpool, Ini Reaksi Klopp Kepada Karius

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JURGEN Klopp menegaskan Liverpool tetap akan mendapatkan khidmat Alisson Becker walaupun Loris Karius mempamerkan prestasi luar biasa di pentas Liga Juara-Juara.

Karius melakukan dua kesilapan mudah ketika menentang Real Madrid di Kiev menyebabkan dia dikritik penyokong Liverpool.

Terbaharu semasa perlawanan pra musim, pemain kelahiran Jerman itu terus dikecam gara-gara beberapa kesilapan.

Klopp kemudian membuat keputusan membeli Alisson dari Roma dengan bidaan sekitar 65 juta pound sterling.

Alisson menjadi penjaga gol pilihan pertama Brazil untuk aksi Piala Dunia di Moscow, Rusia bulan lalu.

Karius mengakui masa depannya di Anfield masih samar dan mengkritik Klopp kerana tidak memaklumkannya tentang keputusan membawa masuk Alisson.

Namun Klopp berpendapat dia tidak pernah memaklumkan kepada mana-mana pemainnya mengenai aktiviti perpindahan Liverpool.

“Jika kami menang final dan Alisson sedia untuk dijual, kami tetap akan memburunya kerana kami fikir dia penjaga gol yang kami cari.

“Penjaga gol lain pun bagus, seperti pemain tengah kami. Ia tidak bermakna kami beritahu Fabinho:”Maaf kami sudah ada pemain bagus, kami tidak perlukan kamu.

“Dengar, saya tidak berjalan di bilik persalinan dan beritahu orang ramai bahawa saya mahu mendapatkan khidmat Fabinho atau Naby Keita,” katanya. – mStar Online

Tags: Jurgen KloppLiverpool
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd