• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Pembangunan Petroleum 1974 Perlu Diteliti Semula

oleh
24/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran agar meneliti semula Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 bagi membolehkan urusan berkaitan syarikat minyak dan gas nasional Petronas dapat dibentangkan di Parlimen.

Datuk Wilfred Madius Tungau (UPKO-Tuaran) berkata ia juga bagi membolehkan Petronas melapor secara terus berkenaan sebarang urusan syarikatnya kepada Parlimen.

“Oleh kerana Petronas sekarang ini terkecuali daripada melapor kepada Parlimen maka Anggota Parlimen dan orang ramai tidak tahu kedudukan sebenar Petronas sama ada dari segi jumlah pengeluaran minyak, apa yang berlaku di syarikat itu, berapa keuntungan diperoleh dan seumpamanya.

“Titah ucapan Yang Di-pertuan Agong juga menyebut aspek ketelusan yang merujuk kepada hal urus tadbir kewangan dan hasil negara. Justeru cadangan ini amat tepat agar dewan rakyat dimaklumkan mengenai hal itu,” katanya dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang Di-pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini

Sementara itu, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (PRS-Hulu Rajang) dalam perbahasannya pula mengharapkan agar kerajaan PH tidak meminggirkan keperluan Sarawak untuk turut menikmati kemajuan.

“Selama hampir 16 tahun kami masih kekurangan dari banyak sudut terutama infrastruktur, maka adalah amat perlu untuk hasil kekayaan negara yang diperoleh daripada sumber bumi Sarawak seperti minyak diutamakan agar dikembalikan kepada rakyat negeri ini terlebih dahulu,” kata beliau.

Janganlah lupa bahawa Sarawak hanya memiliki 35,517 kilometer (km) jalan raya yang bersambung dengan 3,150 km laluan ke kawasan luar bandar berbanding 177,569 km jalan raya di Semenanjung, katanya.

Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) pula mencelah dan berkata lapan tahun kebelakangan ini Sarawak mendapat limpahan pembangunan yang masih belum lengkap.

“Antaranya laluan Kapit ke Sibu hanya 5.1 km lagi untuk disiapkan. Maka rakyat berharap agar kerajaan akan teruskan segala manfaat yang diusahakan sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Akta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd