• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Bakal Pengerusi PAC?

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming memberi bayangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Katanya, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat akan berbincang dan membangkitkan perkara itu dalam pertemuan mingguan mereka dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Khamis ini.

Walaupun perkara itu belum diputuskan, katanya, kerajaan komited untuk melaksanakan perkara itu berikutan ia adalah sebahagian daripada janji Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Pejabat Speaker akan bertemu dengan menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen, kemudian kami akan umumkan sekiranya ada keputusan dibuat.

“Sudah tentu kami serius untuk menunaikan manifesto, itu antara sebab mengapa kami akan membincangkan perkara ini. Jika tak serius, kami tak akan bincang mengenainya,” katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaan kerajaan PH untuk menunaikan janjinya melantik Ketua Pembangkang bagi mengetuai PAC.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha PH yang juga Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata, penubuhan Jawatankuasa Parlimen dan pelantikan Ketua Pembangkang sebagai Pengerusi PAC antara proses pendemokrasian yang bakal dilaksanakan kerajaan.

Ditanya bila keputusan pelantikan Ahmad Zahid itu akan diumumkan, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan daripada DAP, berkata ia perlu diputuskan dalam sidang ini. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPAC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar Tidak Terjejas – Gobind

Next Post

Modal Kempen Calon BN Kurang ‘Kenegerian’

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

Next Post

Modal Kempen Calon BN Kurang 'Kenegerian'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd