• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Hari Untuk Kemas Kini Maklumat PTPTN

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu mengemukakan maklumat pendapatan mulai hari ini hingga 25 Julai depan.

Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata ia perlu dilaksana bagi mengumpul data terkini sebelum penangguhan bayaran balik untuk peminjam berpendapatan bawah RM4,000 dilaksanakan, sebaik kajian teliti selesai.

“Semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki dikehendaki mengemas kini maklumat secara dalam talian pada portal rasmi PTPTN.

“Sekiranya peminjam gagal mengemas kini maklumat dalam tempoh itu, PTPTN menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguhan,” katanya pada sidang media di Menara PTPTN, hari ini.

Beliau berkata selain maklumat pendapatan, peminjam perlu mengemas kini maklumat penting seperti alamat, nombor telefon dan e-mel.

Wan Saiful berkata PTPTN juga berharap agensi terlibat seperti Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat bantu dari segi perkongsian data untuk memudahkan proses berkenaan.

“Kita menghadapi kekangan untuk mendapatkan data berikutan semua maklumat dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Oleh itu, kita merayu agensi terlibat membantu PTPTN dan peminjam sendiri mengemaskini maklumat mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Saiful berkata pada Jun lepas, seramai 429,945 peminjam dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, selaras dengan janji pilihan raya umum kerajaan Pakatan Harapan untuk memutihkan peminjam PTPTN yang disenarai hitam.

Beliau turut menafikan pelantikannya sebagai pengerusi PTPTN baharu pada Jun lepas adalah atas dasar politik.

“Pelantikan saya tidak bertentangan dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan kerana janji itu hanya tertakluk kepada pelantikan dalam syarikat milik kerajaan (GLC),” katanya. – BERNAMA

Tags: maklumatPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd