• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

325,830 Wanita Terima Vaksin HPV Setakat Jun 2018

oleh Cj Mnh
26/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 325,830 wanita telah menerima vaksinasi ‘Human Papillomavirus’ (HPV) secara percuma sehingga Jun 2018, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, program yang dilaksanakan sejak 2012 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha mencegah jangkitan HPV yang menyebabkan kanser serviks dalam kalangan wanita.

“Kerajaan akan terus komited dan memberi perhatian kepada strategi dan aktiviti yang telah dirancang dalam Pelan Tindakan Kanser (2016-2020).

“Namun, kini terdapat satu trend iaitu pesakit mendapatkan rawatan alternatif yang tidak berasaskan bukti saintifik, sekali gus memudaratkan kesihatan dan hanya mendapatkan rawatan dengan pakar perubatan setelah penyakit kanser merebak,” katanya ketika berucap merasmikan program ‘War-on-Cancer’ Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, statistik Fakta Kesihatan 2016 terbitan Kementerian Kesihatan turut melaporkan kanser merupakan punca kematian ketiga terbesar atau 13.6 peratus di hospital kerajaan, menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus jika dibandingkan data pada tahun 1996 iaitu 8.9 peratus sahaja.

“Sehubungan itu, pihak kerajaan sentiasa prihatin mengenai pesakit kanser dan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban mereka,” kata Dr Wan Azizah.

Sementara itu, War-on-Cancer Malaysia merupakan inisiatif Kolej Pakar Perubatan Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, Akademi Pakar Perubatan Keluarga Malaysia dan Akademi Sains Malaysia bagi mengadakan perkongsian sinergi antara beberapa kementerian dan agensi kesihatan bagi mewujudkan kesedaran kanser.

Ia juga bertujuan membawa penambahbaikan dengan mengenal pasti jurang yang sedia ada selain memberi pengetahuan tentang bahaya kanser kepada masyarakat melalui penyelidikan, peningkatan pengurusan pencegahan kanser dan sokongan terhadap pesakit kanser. – BERNAMA

Tags: VaksinWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ummah Seru Rakyat Ramaikan Himpunan Sabtu Ini

Next Post

JPN: Tiada Permohonan Daripada Sajat

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

JPN: Tiada Permohonan Daripada Sajat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd