• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30% Restoran Mamak Naik Harga Lepas GST Sifar

oleh Cj Mnh
12/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati 30 peratus restoran mamak di seluruh negara menaikkan harga makanan selepas penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar 1 Jun lalu.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata peratusan tersebut diperolehi hasil tinjauan kementerian melalui perbandingan harga makanan di premis terbabit sebelum dan selepas pelaksanaan GST sifar itu.

“Kami dapati harga makanan di 30 peratus kedai mamak telah berlaku kenaikan harga manakala 70 peratus yang lainnya menyaksikan penurunan.

“Oleh itu kami kini giat mengenal pasti restoran yang masih degil untuk tidak menurunkan harga makanan,” katanya pada sidang media selepas hadiri perhimpunan bulanan kementerian pertamanya sejak dilantik sebagai menteri, di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata hasil tinjauan juga memerlukan kementerian memikirkan tindakan yang bersesuaian memandangkan penguatkuasaan di kementerian itu banyak menggunakan pendekatan mendidik berbanding mendenda peniaga.

“Untuk kesalahan pertama kita akan nasihat, asalkan tiada pelanggaran undang-undang secara berlebihan. Sekiranya kesalahan terbabit berulang barulah tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata pihaknya sedang merangka dasar pembaziran sifar yang merangkumi polisi untuk mengurangkan ketirisan subsidi barangan keperluan pengguna.

“Dasar terbabit turut mengandungi polisi bank makanan iaitu pasar raya akan mengagihkan lebihan barangan keperluan pengguna kepada golongan sasaran.

“Kami harap dengan adanya dasar ini program (bank makanan) akan disertai oleh pasar raya atau gedung terkemuka untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya, polisi tersebut telah dilaksanakan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Singapura dan ia boleh dilaksanakan di Malaysia selepas diubah mengikut kesesuaian. – BERNAMA

Tags: hargakedai mamak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ketika pemilik pasukan memiliki akses istimewa, khas dan premium di stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak namun pemilik...

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd