• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30 Maut Pada Hari Mengundi

oleh Ahmad Albab
26/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Rakyat Pakistan keluar mengundi semalam dalam pilihan raya yang mungkin menyaksikan bekas wira kriket Piala Dunia, Imran Khan menerajui negara selepas kempen yang dicemari campur tangan tentera dan keganasan pemberontak, menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh pada hari mengundi.

Pilihan raya tersebut menandakan peralihan demokrasi di negara kuasa nuklear Islam itu selepas diperintah oleh tentera kira-kira separuh daripada usia penubuhannya.

Namun, proses demokrasi itu juga digelar sebagai ‘pilihan raya paling kotor’ berikutan tuduhan penipuan oleh pihak tentera yang menyokong Imran.

Sementara itu, keganasan berlaku pada hari mengundi apabila berpuluh-puluh orang maut dalam serangan pengebom berani mati di bandar Quetta, barat daya Pakistan. Kumpulan militan Daesh mengaku mendalangi serangan tersebut

Pegawai pentadbiran tempatan, Hashim Ghilza berkata, pengebom cuba memasuki sebuah pusat membuang undi.

“Apabila polis cuba menahannya, lelaki itu meletupkan diri­nya,” kata Hashim kepada agensi berita AFP.

Terdahulu, berjuta-juta rakyat Pakistan keluar mengundi dalam pilihan raya yang menyaksikan persaingan sengit antara Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) pimpinan Imran dan Parti Liga Muslim Pakistan (PML-N) yang diterajui bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif.

Imran menawarkan janji populis untuk membina negara Pakistan baharu dan berikrar akan menghapuskan rasuah, membersihkan persekitaran serta mengutamakan kebajikan rakyat.

Pilihan raya kali ini turut menyaksikan lebih 19 juta pengundi baharu termasuk golongan wanita dan belia keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Sejumlah 800,000 anggota polis dan tentera pula dikerahkan untuk menjaga keamanan di lebih 85,000 pusat pengundian di seluruh negara menjelang hari mengundi. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Pakistanpengundi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kereta Terbang Volvo Dijual Tahun Depan

Next Post

Zizan Razak Lebih Berhati-Hati, Jaga Mulut

Related Posts

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

10/05/2025
0

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan khususnya di wilayah Kashmir dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan tidak penting susulan...

Next Post

Zizan Razak Lebih Berhati-Hati, Jaga Mulut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd