• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Rakyat Malaysia Ditahan Polis Thailand Bersama 462Kg Ganja

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SADAO – Dua lelaki dan seorang wanita rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di daerah Sadao berhampiran sempadan Malaysia-Thailand bersama-sama 462 kilogram ganja, kata Ketua Polis Sadao Kol Sawad Sinsaenyong.

Beliau berkata ketiga-tiga ​​​​​​​rakyat Malaysia itu dan seorang wanita tempatan ditahan bersama dadah berkenaan di sebuah rumah di Lorong Songchai, Mukim Sanakkam pada kira-kira 5 petang semalam.

“Maklumat perisikan mempercayai rumah berkenaan digunakan oleh sindiket dadah yang besar di kawasan sempadan. Rumah berkenaan dimiliki oleh seorang pelabur Malaysia,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah trak pikap berdaftar di Malaysia.

Katanya dua lelaki warga Malaysia berumur 31 dan 43 tahun dan wanita Malaysia berumur 23 tahun serta wanita tempatan berumur 37 tahun itu ​​​​​​​mengaku mereka menerima dadah berkenaan di Hatyai dan menyimpannya di rumah berkenaan sebelum bertindak menyeludupnya ke Malaysia.

Katanya, dadah berkenaan disembunyikan dalam 11 buah karung guni seberat 42 kilogram setiap satu. – BERNAMA

Tags: ganjapolis thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd