• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan, Dadah Bernilai RM5,410 Dirampas

oleh Cj Mnh
30/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai dadah dianggar bernilai RM5,410 dalam serbuan di sebuah rumah di Felda Adela, dekat Kota Tinggi, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata kedua-dua mereka yang berumur 35 dan 37 tahun itu ditahan pada 12.20 pagi oleh anggota Balai Polis Gugusan Adela selepas bertindak atas maklumat awam.

“Pemeriksaan di dalam rumah yang dijadikan tempat menjual dan menghisap dadah itu menemui empat paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan berat kasar 221.7 gram.

“Turut ditemui, sepaket plastik lutsinar berisi bahan coklat disyaki dadah jenis heroin seberat 5.08 gram, sepaket plastik berisi bahan berbentuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 7.54 gram, sepaket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis ganja seberat 2.82 gram serta 80 biji disyaki pil Eramin seberat 24 gram,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ahsmon berkata semakan mendapati kedua-dua mereka memiliki enam rekod lampau bersabit dadah dan kesemua dadah dirampas itu dianggar mampu digunakan seramai 450 penagih di kawasan tersebut.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing juga mendapati kedua-dua lelaki tersebut positif dadah jenis morfin dan mereka kini direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: dadahheroin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd