• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

166 Ditahan Terbabit Judi Piala Dunia 2018

oleh Cj Mnh
11/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan 166 individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian Piala Dunia 2018 menerusi Op Soga bermula 15 Jun hingga 8 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, mereka ditahan dalam 146 serbuan membabitkan 16 daerah di negeri itu.

Menurutnya, sebuah premis di Bandar Damai Perdana, Kajang yang dijadikan pusat pengiraan pertaruhan turut diserbu sepasukan anggota polis 30 Jun lalu.

“Dalam serbuan di premis itu, polis merampas 17 CPU, 34 skrin komputer, 14 telefon pintar dan sebuah modem.

“Seramai 11 individu iaitu sembilan warga tempatan dan dua warga asing turut ditangkap di premis berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Mazlan berkata, jumlah rampasan wang tunai RM27,900 dan jumlah pertaruhan yang direkodkan menerusi semua serbuan itu RM1.2 juta.

“Sebanyak 146 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 6(1), Seksyen 6(3) dan Seksyen 4(1) Akta Pertaruhan 1953.

“Polis akan meningkatkan operasi menjelang perlawanan akhir Piala Dunia bagi mengawal aktiviti perjudian ini,” katanya. – BH Online

Tags: Judi Haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Call Centre’ Judi Haram Digempur

‘Call Centre’ Judi Haram Digempur

27/05/2023
0

Kuala Lumpur : Taktik sindiket perjudian dalam talian berselindung di sebalik sebuah kondominium mewah di Salak Selatan, Cheras di sini...

Polis Perak Sedia Minta JIPS Siasat Dakwaan Salah Laku Ketua Polis Daerah Manjung

21/01/2022
0

PADANG RENGAS: Polis Perak sedia meminta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, untuk menyiasat dakwaan kononnya wujud salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd